Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

tZERO Milik Overstock Melancarkan Aplikasi Kripto versi Android

tZERO yang dimiliki Overstock telah melancarkan aplikasi mudah alih matawang kriptonya dalam versi Android, menurut sidang media yang diterbitkan pada 25

Pada awalnya, tZERO Crypto App dilancarkan pada bulan Jun dan menyokong dua matawang kripto utama Bitcoin dan Ether. Pelancaran aplikasi wallet digital dan perkhidmatan pertukaran untuk kripto digabungkan dengan pelancaran versi iOS.

Menurut pengumuman baru itu, tZERO menggunakan pengesahan biometrik untuk keselamatan tambahan dan juga membolehkan pelabur untuk emnggunakan sistem unique private key recovery untuk mendapatkan kembali dana mereka jika mereka kehilangan private key. CEO tZERO Saum Noursalehi berkata:

“Kami teruja untuk membawa platform kami kepada pengguna Android, yang kami percaya akan mengembangkan pengkalan pengguna kami secara signifikan. Akses kepada tZERO Crypto App adalah kritikal kepada rancangan kami untuk membekalkan pengalaman perdagangan intuitif untuk semua aset digital.”

Baru-baru ini, tZERO melantik tiga pengurus baru, termasuk Brooke Navarro, Michael Mougias dan Alexandra Sotiropoulos, yang kini adalah ketua pengeluaran, ketua hubungan pelabur dan ketua komunikasi.

Pada awal bulan Julai, tZERO bekerjasama dengan pengeluar biopik gaming masih dalam pembangunan – “Atari: Fistful of Quarters” – untuk mentokenisasi filem itu. Token ini dipanggil “Bushnell” dan pemilik token akan menjadi pemegang saham projek itu dan menerima sebahagian daripada keuntungan dari filem itu. Pemegang token juga akan boleh mengundi movie trailer dan mempunyai pengaruh ke atas pelakon yang diambil.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/overstocks-tzero-subsidiary-rolls-out-android-version-of-crypto- app

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads