Default – Above Header Ads

UAE Bakal Jadi Destinasi Utama Perniagaan Berkaitan Blockchain Pada 2019

 

Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedang berusaha menyertai senarai destinasi utama untuk perniagaan yang berkaitan dengan blokchain pada tahun 2019 ekoran pengenalan undang-undang kripto yang baru. Memandangkan UAE telah mengumumkan satu rangka kerja undang-undang baru untuk tawaran duit syiling awal (ICO) dan membayangkan mengenai peraturan yang mungkin untuk bursa pertukaran kripto, yang mana para pakar melihat kemungkinan UAE akan tersenarai sebagai destinasi kripto popular seperti Malta dan Gibraltar.

Hans Fraikin, Ketua Pegawai Eksekutif Projek Libra – program pelan impak yang didorong oleh blockchain – memberitahu bahawa UAE dalam “kedudukan yang sempurna untuk menjadi pemimpin global dalam ruang ICO.” Beliau juga percaya bahawa negara ini akan menjadi yang paling berpotensi bagi syarikat permulaan blockchain dan kripto kerana pendiriannya terhadap ICO.

Andrea Bonaceto, Ketua Pegawai Eksekutif Eterna Capital – firma pengurusan dana di London – juga percaya bahawa UAE mungkin “berada di barisan hadapan industri” berikutan usaha kerajaan untuk memodenkan sektor kewangan. Walau bagaimanapun, kedua-dua pakar percaya bahawa UAE perlu memupuk pemaju dan pelabur mereka sendiri untuk memastikan masa depan industri kripto yang mapan di dalam negara.

Sumber:

https://www.thenational.ae/business/markets/ico-regulations-will-make-uae-destination-of-choice-for-crypto-industry-in-2019-experts-say-1.805913

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.