Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

UAE dan Arab Saudi Bekerjasama untuk Matawang Kripto Baru

 

UAE dan Arab Saudi telah mengumumkan perjanjian untuk bekerjasama dalam mencipta satu matawang kripto baru, agensi berita rasmi UAE, Emirates News Agency laporkan pada 19 Januari.

Menurut laporan itu, Komiti Eksekutif Majlis Kerjasama Saudi-Emirati telah mengadakan mesyuarat di ibu Negeri UAE, Abu Dhabi, dengan 16 ahli dari kedua-dua negara, untuk membincangkan inisiatif dalam Strategy of Resolve.

Strategy of Resolve mengandungi tujuh inisiatif, termasuk penerbangan awam, latihan kesedaran kewangan belia, dan pembangunan matawang digital merentasi sempadan. Menurut artikel itu, matawang itu “akan mensasarkan bank dalam fasa eksperimen dengan tujuan untuk memahami implikasi teknologi Blockchain dengan lebih Baik dan membantu pembayaran merentasi sempadan.”

Projek kerjasama kripto itu juga akan meneroka kesan matawang kripto pusat ke atas polisi kewangan.

Inisiatif ini dilaporkan bertujuan untuk melindungi kepentingan pelanggan, mencipta standard untuk teknologi, dan mempertimbangkan risiko keselamatan siber pada masa sama mengenalpasti impak matawang kripto pusat ke atas polisi kewangan, menurut Emirate News Agency.

Cointelegraph melaporkan pada bulan Disember yang lalu bahawa bank UAE telah bekerjasama dengan Penguatkuasa Kewangan Arab Saudi untuk mengeluarkan matawang kripto yang boleh diterima pakai untuk transaksi merentasi sempadan antara dua negara.

Pada bulan yang sama, Cointelegraph melaporkan bahawa UAE melihat untuk menyertai senarai destinasi untuk bisnes berkaitan Blockchain pada tahun 2019 kerana peraturan kripto barunya.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/united-arab-emirates-and-saudi-arabia-collaborate-on-new-cryptocurrency

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.