Default – Above Header Ads

UK Standards Institution Bekerjasama dengan Startup Blockchain untuk Pematuhan Rantaian Bekalan

 

Badan standard nasional United Kingdom, British Standards Institution (BSI), telah bekerjasama dengan syarikat blockchain OriginTrail untuk menambahbaik ketelusan rantaian bekalan. Kerjasama itu dilaporkan apda 24 Januari dalam sidang akhbar.

BSI, yang sudah beroperasi sejak 1901 dan telah melaporkan pendapatan dalam 2017 sebanyak 473 juta GBP (dalam $616 juta), berkata ia mahu menggunakan protokol syarikat itu yang berdasarkan Blockchain untuk menambahbaik pilihan untuk bisnes untuk membuktikan rantaian bekalan mereka patuh dengan peraturan.

Kerjasama ini adalah salah satu daripada beberapa kerjasama yang telah dibuat oleh OriginTrail sepanjang tahun lalu sejak menyempurnakan ICO pada Januari yang lalu.

“Dalam dunia yang sentiasa berhubung pada hari ini, ketelusan dan kemudahan menjejak dalam rantaian bekalan adalah sangat penting,”ketua eksekutif BSI, Howard Kerr berkata dalam sidang akhbar, dan menambah:

“Kerjasama strategik ini bertujuan untuk menawarkan klien kebolehan untuk demostrasi kesahihan tentang pematuhan mereka melalui rekod digital pemeriksaan dan sijil yang diterima dari BSI.”

Dalam praktis, Kerjasama itu akan tertumpu kepada lima bahagian. Ini, menurut sidang akhbar itu, akan membantu klien BSI memenuhi peraturan yang ditetapkan, mengurus risiko bisnes dan pemanggilan kembali produk, dan juga mendapatkan maklumat dan data dari rantaian bekalan global.

Klien sudah boleh memohon untuk perkhidmatan Blockcahin, yang BSI terangkan seperti fasa pra-keluaran pada waktu pengumuman.

Secara global, teknologi blockchain telah membuat penambahbaikan yang banyak dalam sektor rantaian bekalan, menurut laporan Cointelegraph ke atas beberapa kerjasama yang muncul pada bulan ini sahaja.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/uk-standards-institution-partners-with-blockchain-startup-for-supply-chain-compliance

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads