Default – Above Header Ads

Ukraine: Pelombong Kripto Ditahan kerana Menjejaskan Keselamatan Loji Nuklear

Security Service of Ukraine (SBU) telah menahan operator loji tenaga kerana melombong matawang kripto di fasiliti loji tenaga nuklear Yuzhnoukrainsk.

Laman berita tempatan UNIAN melaporkan butiran mengenai tangkapan pada 21 Ogos itu. Menurut artikel itu, pelombong kripto itu menjejaskan keselamatan pusat nuklear itu melalui sambungan Internet peralatan perlombongan mereka – dan dilaporkan telah membocorkan maklumat sulit mengenai sistem perlindungan fizikal loji itu.

Detektif SBU telah mendapatkan waran geledah dan menjalankan penyiasatan pada 10 Julai. Mereka telah menemui peralatan komputer yang tidak dibenarkan dan merampas media converter, kabel fibre-optic dan separuh daripada kabel sambungan.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Cointelegraph, beberapa jurutera di Russian Federal Nuclear Center telah ditangkap pada bulan Februari 2018 atas cubaan melombon Bitcoin menggunakan salah satu supercomputer terbesar negara itu.

Komputer itu dilaporkan mempunyai kebolehan untuk menjalankan 1,000 trilion pengiraan setiap saat, dan dibiarkan tidak bersambung dari Internet untuk tujuan keselamatan. Tatiana Zalesskaya, ketua perkhidmatan media untuk institusi penyelidikan itu, berkata semasa itu:

“Terdapat cubaan yang tidak dibenarkan untuk menggunakan fasiliti komputer untuk tujuan peribadi termasuk perlombongan […] ia adalah aktiviti yang boleh dijatuhkan hukuman jenayah.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ukraine-crypto-miners-arrested-for-compromising-nuclear-plant-security

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!