Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ukraine: Regulasi Berlebihan Menghalang Perkembangan Kripto

 

Regulasi berlebihan dilaporkan akan menghalang perkembangan industri kripto dalam sesebuah negara. Seorang pegawai di Bank Pusat Ukraine (NBU) memberi kenyataan ini kepada berita kripto tempatan LetKnow pada 8 Januari.

Midhail Vidyakin, pengarah bahagian strategi dan pembaharuan di NBU, percaya bahawa terdapat terlalu banyak institusi dalam negara itu yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia matawang kripto.

LetKnow menekankan terdapat sekurang-kurangnya tiga organisasi kerajaan di Ukraine yang jatuh di bawah definisi tersebut: NBU, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti Nasional. Untuk menggalakkan perkembangan industri itu, bilangan penguatkuasa perlu dikurangkan, menurut Vidyakin.

Tambahan lagi, Vidyakin percaya Ukraine memerlukan rangka kerja kawal selia yang jelas untuk kripto, bersama-sama dengan definisi yang lebih baik untuk industri itu. Pegawai NBU mengatakan bahawa dia menyokong kawal selia yang membolehkan pasaran kripto berkembang dan bank perlu terbuka untuk berinterasi dengan sektor fintech.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Oktober tahun lepas, Kementerian Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan Ukraine telah memulakan polisi negeri untuk klasifikasi dan pengesahan aktiviti berkaitan kripto dalam undang-undang. Namun begitu, kertas kerja itu masih belum dibentangkan kepada kerajaan.

Pada bulan September 2018, parlimen Ukraine mencadangkan draf bil untuk percukaian matawang kripto, memperkenalkan 5 peratus cukai untuk individu dan entiti yang melakukan operasi dengan aset virtual. Draf bil itu juga mencadangkan untuk meningkatkan cukai keuntungan berkaitan kripto kepada 18 peratus untuk bisnes, bermula 1 Januari 2024.

Pada masa yang sama, sekumpulan pekerja dalam Kementerian Kewangan Ukraine sedang berbincang tentang garis panduan percukaian kripto.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ukraine-overregulation-prevents-crypto-development-says-central-bank-official

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.