Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Undang-undang Negeri Washington Mengiktiraf Rekod Blockchain sebagai Sah dan Boleh Dikuatkuasakan

Negeri Amerika Syarikat, Washington telah meluluskan bil yang mengiktiraf dan melindungi status undang-undang rekod elektronik berkenaan lejar teragih seperti blockchain. Bil itu, pengganti bil senat 5638, telah ditandatangani oleh Gabenor Jay Inslee pada 26 April.

Versi asli bil itu dibaca pertama kali oleh undang-undang negeri Washington pada 25 Januari 2019. Bil itu kini sudah diluluskan dengan undian 96-1 dan akan dikuatkuasakan pada bulan Julai.

Undang-undang baru itu mempunyai klaus yang menghalang diskriminasi terhadap rekod elektronik yang telah menjadi sebahagian daripada lejar teragih:

“Rekod elektronik tidak boleh dihalang daripada disahkan atau dikuatkuasakan kerana ia dijana, disampaikan, diterima atau disimpan menggunakan teknologi lejar teragih.”

Bil itu juga menyediakan definisi undang-undang untuk istilah “blockchain” dan “distributed ledger” yang boleh dirujuk di masa hadapan.

Undang-undang Tennessee juga mengambil langkah yang sama pada bulan Mac 2018, apabila Gabenor Bill Haslam menandatangani bil yang “mengiktiraf kuasa undang-undang teknologi blockchain dan smart contract dalam menjalankan transaksi elektronik”, menurut keterangannya.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/washington-state-law-recognizes-blockchain-records-as-legally-valid-and-enforceable

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads