Default – Above Header Ads

UNICEF Perancis Meminta Sumbangan DAI untuk Projek Blockchain Terbuka

 

UNICEF di Perancis telah memulakan satu siri acara dan memanggil sumbangan dalam bentuk matawang kripto DAI untuk membantu dalam membiayai projek berdasarkan Blockchain untuk mendidik belia di seluruh dunia, dalam satu pengumuman yang dibuat organisasi itu di portalnya pada 6 Januari 2019.

UNICEF Ventures mengatakan ia bermatlamat untuk melabur dalam teknologi inovatif yang akan menyelesaikan masalah kemanusiaan yang paling menekan dan DLT adalah satu teknologi yang dikenal pasti oleh organisasi itu yang boleh membantu dalam usaha ini.

Organisasi non-profit telah mula menerima matawang kripto DAI sejak 2018 dan memanggil individu dan syarikat untuk membuat sumbangan untuk membangunkan projek-projek Blockchain yang mempunyai impak sosial.

Satu acara yang dinamakan Dignity Network telah dilancarkan, di mana belia seluruh dunia akan dididik tentang DLT dan juga kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan aplikasi yang dihidupkan teknologi revolusi ini.

Khususnya, ganjaran akan diwujudkan dan organisasi yang terbuka, dan juga projek infrastruktur, akan dibiayai. Ganjaran ini akan meliputi Bahagian seperti asas untuk menubuhkan rangkaian Blockchain yang berfungsi, smart contract dan langkah-langkah untuk membangunkan prototaip.

Untuk menjadikan kemungkinan ini sesuatu yang pasti, UNICEF Perancis telah membuat perancangan untuk membentuk pasukan yang terdiri daripada peminat yang telah dilatih, orang-orang yang kreatif, dan pakar teknologi, dalam pelbagai Bahagian dalam DLT.

Ini adalah pasukan belia dari setiap latar belakang yang akan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk bersaing sesama sendiri. Projek-projek mereka akan dihakimi oleh sekumpulan pakar dan pemenang dengan projek-projek yang paling hebat akan menerima pembiayaan untuk mereka merealisasi visi mereka.

Setakat ini, beberapa belia di Kazakhstan dan Mexico telah dilatih sepanjang tahun lepas dalam bidang seperti tokenisasi, pembayaran dan pengurusan identiti.

Perkara sama boleh dikatakan tentang beberapa komuniti Blockchain yang telah dibina, dan terdapat perancangan pada tahun 2019, di mana lebih banyak individu akan dimasukkan ke dalam skim tersebut. Penyelidikan ke dalam acara-acara tersebut menunjukkan bahawa setiap solusi Blockchain akan disesuaikan mengikut keperluan kawasan geografi di mana latihan dijalankan.

UNICEF meneruskan dedikasinya untuk menyelesaikan masalah kemanusiaan melalui DLT. BTCManager melaporkan pada 11 Disember 2018 bahawa UNICEF Innovation Fund sedang melihat untuk melepaskan dana kepada enam startup Blockchain untuk membangunkan ekonomi baru.

Sumber:

https://btcmanager.com/unicef-dai-cryptocurrency-donations/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads