Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Universiti Bahrain Akan Menggunakan Blockchain untuk Diploma

 

Diploma menggunakan teknologi Blockchain akan mula dikeluarkan oleh Universiti Bahrain, seperti yang dilaporkan Trade Arabia.

Laporan itu mendakwa bahawa universiti itu, dengan kerjasama Learning Machine, merancang untuk menggunakan standard terbuka Blockcerts. Syarikat itu akan menawarkan platform untuk mengeluarkan rekod rasmi menggunakan rasmi Blockchain, yang boleh mengesahkan diploma baru.

Pada bulan September, media meliputi tumpuan Bahrain kepada penggunaan teknologi Blockchain untuk perkembangan ekonomi dan isu keselamatan. Menteri Urusan Elektrik dan Air Bahrain, Dr Abdul Hassain Ali Mirza, mengomen bahawa keselamatan data pengguna boleh dipastikan melalui Blockchain.

Tambahan lagi, teknologi itu boleh digunakan dalam pelbagai sektor, menjadikan ia sesuatu yang bagus untuk negara Gulf yang kecil itu. Langkah terbaru itu dianggap sebagai inisiatif universiti tersebut dalam digitalisasi untuk pelajar luar.

Pengaruh blockchain semakin meningkat dalam kalangan akademik. Baru-baru ini, Massachusetts Institute of Technology (MIT) juga mengumumkan ia akan mengeluarkan sijil digital berdasarkan Blockchain kepada lebih 100 graduan, juga menggunakan platform Blockcert yang berdasarkan Bitcoin. MIT berharap sijil berdasarkan Blockchain itu akan memastikan ia tidak boleh diubah.

Di masa hadapan, menggunakan teknologi Blockchain, pelajar mungkin tidak perlu melalui proses pengesahan diploma. Lebih-lebih lagi bagi pelajar yang memohon untuk belajar di luar negara. Namun begitu, untuk merealisasikan sistem sebegini, setiap institusi perlu implementasi sistem berdasarkan Blockchain.

Sumber:

https://bitcoinnews.com/university-of-bahrain-to-use-blockchain-for-tamper-free-diplomas/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.