Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Universiti Tertua Switzerland Anugerahkan Doktor Kehormat Kepada Vitalik Buterin

 

Pengasas bersama Ethereum, Vitalik Buterin, telah dianugerahkan ijazah kehormat oleh institusi pengajian tinggi tertua Switzerland, Universiti Basel.

Menurut Fakulti Perniagaan dan Ekonomi universiti, yang menganugerahkan Buterin sebagai doktor kehormat, penghargaan itu ‘sebagai pengiktirafan sumbangannya dalam mempromosikan teknologi desentralisasi dan hak-hak yang sama dalam penyertaan dalam revolusi digital, serta untuk pencapaiannya berhubung dengan kriptografi, kontrak pintar, dan reka bentuk institusi. ‘

Dalam pengumuman di Tweeter, institusi pendidikan Switzerland yang ditubuhkan pada tahun 1460 itu memuji visioner blockchain itu: “Dia seorang pemikir yang sangat kreatif dan inovatif yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk revolusi digital sejak kecil.”

Ini bukan kali pertama Buterin diiktiraf kerana sumbangan dan usaha beliau kepada sektor teknologi. Pada November 2014, pengasas bersama Ethereum menerima Anugerah Teknologi Dunia dalam kategori ‘IT Software’ selepas mengalahkan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Sumber:

https://twitter.com/UniBasel_en/status/1068455668426915840

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads