Default – Above Header Ads

University of Arkansas Membuka Pusat Pendidikan Blockchain

 

University of Arkansas mengumumkan penubuhan Blockchain Center of Excellence yang baru pada 2 Ogos. Pusat baru, yang mana lembaga perwakilan universiti meluluskannya pada bulan Mei, akan menjadi sebahagian daripada Sam. M Walton College of Business Department of Information Systems dan bertujuan untuk mendidik pelajar tentang “kepentingan teknologi blockchain di masa depan perniagaan dan keselamatan digital.” Ia juga bertujuan untuk menjadi tempat ahli akademik, wakil kerajaan, dan ahli industri dapat bekerjasama dalam projek blockchain yang mewujudkan pekerjaan baru dan mengukuhkan industri perniagaan Arkansas.

Mary C. Lacity, yang menyertai University of Arkansas pada musim panas ini dan telah dipilih sebagai pengarah pusat, berkata kolej itu mahu meletakkan dirinya sebagai pemimpin dalam pendidikan teknologi blockchain.

Dekan Walton College, Matt Waller melahirkan objektif yang diingini untuk pusat baru: “Misi pusat ini adalah tiga. Kami akan membangun dan menubuhkan perkongsian penyelidikan dengan menjalankan penyelidikan kerjasama university dan industri, kami akan mempromosikan dan membolehkan penyebaran ilmu tentang blockchain, dan kami akan mempercepatkan penggunaan teknologi blockchain dalam industri.” Satu garis masa tertentu untuk pembukaan pusat itu tidak diumumkan, dan masih tiada kelas serta subjek disenaraikan di laman web University of Arkansas.

Sumber:

https://news.uark.edu/articles/42357/walton-college-establishes-blockchain-center-of-excellence

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.