Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

University of British Columbia Menambah Program Blockchain untuk Pelajar Master’s dan PhD

Salah satu daripada universiti penyelidikan terkemuka Kanada, University of British Columbia, akan melancarkan prospektus latihan teknologi Blockchain untuk pelajar siswazah.

Menurut UBC, program itu adalah yang pertama di Kanada. Prospektus itu akan fokus kepada empat bidang: kesihatan, tenaga bersih, teknologi kawal selia dan isu untuk penduduk Indigenous, dan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari tahun hadapan.

“Inisiatif ini akan membolehkan pelajar mengembangkan kemahiran mereka dalam teknologi baru yang mempunyai permintaan yang tinggi pada masa sama menjana perkembangan ekonomi apabila graduan memenuhi kekosongan dalam industri itu,” menurut Victoria Lemieux, profesor madya UBC iSchool dan pengasas Blockchain@UBC, dalam satu kenyataan.

UBC bermatlamat untuk melatih 139 pelajar dalam masa enam tahun, dan membina perkhidmatan untuk pelajar master’s dan PhD sedia ada secara akademik dalam bidang yang sama. Pelajar yang berminat tidak perlu menyertai program itu dengan pengalaman blockchain.

Inisiatif itu disokong oleh 15 rakan industri dari pelbagai sektor, termasuk Boehringer Ingelheim, sebuah syarikat farmaseutikal dengan jumlah penjualan sebanyak 17.5 bilion euro pada tahun 2018.

Mitacs, organisasi non-profit yang bekerja dengan kerajaan persekutuan dan daerah untuk menyokong inovasi perindustrian, akan menyalurkan $1.324 juta dalam enam tahun. Tambahan lagi, agensi itu akan membiayai 18 pelajar master’s dan 8 PhD dalam bidang itu, melambangkan nilai lebih daripada $2.44 juta untuk 156 internship dan projek latihan post-doctoral sepanjang kerja sama itu.

Selain daripada itu, Blockchain@UBC menerima sokongan daripada Geran UBC untuk program Catalyzing Research Clusters. Projek dan kertas penyelidikannya menggabungkan ahli akademik dan rakan industri untuk meneroka isu dalam teknologi blockchain. Inisiatif pendidikan sebelum ini telah meliputi peringkat sarjana muda, siswazah dan eksekutif.

Sumber:

https://www.coindesk.com/university-of-british-columbia-adds-blockchain-program-for-masters-and-phd-students

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.