Default – Above Header Ads

University of California di Santa Barbara Selesai Laksanakan Kursus Blokchain Pertamanya Yang Diiktiraf

University of California di Santa Barbara (UCSB) baru saja menyempurnakan kursus yang diiktiraf pertama yang memfokuskan pada blockchain dan teknologi lejar digital. Kursus yang diajarkan sebagai kelas sains komputer melalui Kolej Pengajian Kreatif ditubuhkan sebagai respons kepada permintaan dari Yayasan Percikapan Blockchain (BAF), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang terdiri daripada para pelajar, profesor, penyokong blockchain, dan individu yang berminat yang ingin untuk memudahkan penerimaan orang ramai dalam penerimaan teknologi blockchain.

Kursus UCSB, yang bertajuk “Decentralized Ledger Technology,” mengajar para pelajar tentang mekanisme konsensus, Bitcoin dan ‘Proof-of-Work’, ‘Ethereum Virtual Machine’, pembangunan kontrak pintar, stablecoin, bukti ‘zero-knowledge’ dan topik blockchain lain yang relevan.

Kursus itu diajar oleh Profesor Murat Karaorman, namun turut diajar oleh penceramah-penceramah yang terkenal dari syarikat-syarikat terkemuka blockchain. Penceramah ini termasuk pengasas bersama Orchid Labs dan pencipta Cydia, Jay Freeman; Saintis Penyelidik di Protocol Labs, Evan Miyazono; Ketua Perkhidmatan Backend di MakerDAO, Niklas Kunkel; dan CBC Casper Researcher di Yayasan Ethereum, Aditya Asgaonkar.

Rujukan:

https://cointelegraph.com/news/university-of-california-at-santa-barbara-just-finished-its-first-accredited-blockchain-course

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads