Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

University of Malta Lancarkan Dana Biasiswa Blockchain Bernilai € 300,000

 

University of Malta dan Malta Information Technology Agency menandatangani perjanjian di mana dana sebanyak EUR300,000 akan disediakan kepada pelajar-pelajar yang ingin meneruskan pengajian mereka dalam teknologi blockchain di tahun akademik yang akan datang. Dana ini akan disediakan untuk pelajar-pelajar yang akan mengkhususkan diri dalam ICT, undang-undang, kewangan dan kejuruteraan.

Dana biasiswa yang akan diberi ini berikutan penandatanganan perjanjian antara University of Malta dan Badan Teknologi Maklumat Malta (MITA). Pelajar yang memulakan pengajian mereka pada tahun akademik yang akan datang boleh mendapat manfaat daripada biasiswa ini untuk disertasi penyelidikan Master dan PhD yang berkaitan dengan blockchain dan DLT. Biasiswa akan disediakan untuk kursus dengan sekurang-kurangnya 30 kredit ECTS yang berkait langsung dengan DLT.

Silvio Schembri, Menteri Ekonomi Ekonomi Digital, berkata biasiswa itu akan menyokong usaha untuk menarik syarikat-syarikat blockchain ke Malta, dengan memastikan sumber manusia yang diperlukan tersedia di dalam negara. Rektor university, Alfred Vella menambah bahawa universiti itu akan meneruskan latihan dalaman untuk mengkaji program ijazah dan Sarjana dalam undang-undang, kewangan, ICT dan bidang lain untuk memasukkan unit yang berkaitan dengan DLT, blockchain, mata wang kripto, AI, dan fintech.

Sumber:

https://www.ccn.com/university-of-malta-launches-e300000-blockchain-scholarship-fund/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.