Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

University System of Georgia Tawarkan Sarjana Muda Fintech dan Blockchain

University System of Georgia (USG) mengumumkan pelancaran akademi fintech di seluruh negara pada 11 September. Ia merupakan usaha pendidikan terbesar seumpamanya di Amerika Syarikat. Walaupun banyak universiti lain telah menawarkan kursus blockchain, seperti Stanford dan NYU, Georgia membuka program ini kepada semua pelajar di semua kolej dalam sistem universiti awam negeri. Di samping itu, profesional dan pemegang ijazah yang ingin memasuki sektor fintech boleh mendaftar di akademi tersebut.

Disebut Georgia FinTech Academy, program ini akan mempunyai dua lokasi iaitu di pusat bandar Atlanta untukkelas di kampus. Kursus-kursus ini juga akan dijalankan secara dalam talian dan di jabatan-jabatan di kolej Georgia. Penyempurnaan program ini akan mengakibatkan kelayakan atau ijazah yang diiktiraf.

Misi adalah untuk menjadikan pendidikan fintech dapatdiakses oleh semua orang di Georgia, dengan tumpuan kepada pembelajaran secara pengalaman melalui sistem perantis. Sudah terkenal sebagai pusat inovasi fintech dunia, Atlanta mengambil pakar-pakar dari syarikat swasta untuk mengajar kurikulum yang disasarkan untuk aplikasi blockchain, termasuk perbankan kromersil, pembangunan perisian, dan logistik rantaian bekalan.

Sumber:

https://www.usg.edu/news/release/university_system_of_georgia_announces_creation_of_georgia_fintech_academy

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads