Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

US House Meluluskan Bil untuk FinCEN Mengkaji Penggunaan Blockchain

Kongres mahu Financial Crimes Enforcement Network (FinCEN) menambah baik pengetahuan tentang blockchain dengan bil baru untuk mengkaji bagaimana teknologi itu boleh diadaptasi ke dalam penguatkuasaan undang-undang.

Pada 19 September, the House of Representatives telah meluluskan legislasi memanggil kepada penguatkuasa jenayah kewangan untuk mengkaji penggunaan “teknologi inovatif” – termasuk blockchain. Bil itu kini sudah berpindah kepada Senat untuk pertimbangan.

Mandat “Advancing Innovation to Assist Law Enforcement Act” menyatakan bahawa pengarah FinCEN perlu mempertimbangkan bagaimana blockchain dan teknologi canggih lain boleh menambah baik operasi biro.

“Pengarah FinCEN akan menjalankan kajian ke atas… sama ada AI, teknologi identiti digital, teknologi blockchain, dan teknologi inovatif lain boleh digunakan untuk menjadikan analisa data FinCEN lebih efisyen dan efektif,” menurut bil itu.

Freshman Representative Anthony Gonzalez (R) Ohio, salah seorang ahli House Financial Services Committee, telah memperkenalkan bil itu pada bulan Mei sebagai cara teknologi canggih untuk membanteras jenayah kewangan.

“Bil saya akan memastikan bahawa kita menggunakan teknologi terbaik yang boleh didapati untuk mencari dan menghentikan penggubahan wang haram yang menjadikan bukan Hanya semua jenayah ini mudah, tetapi juga menguntungkan untuk kartel, pengedar dan pengganas,” menurut Gonzalez.

Tindakan Gonzalez menolak FinCEN ke arah teknologi di mana manifestasi paling dikenali – matawang kripto – adalah dalam bidang kuasa FinCEN. Jabatan perbendaharaan panduan dan surat tentang perkara berkaitan pematuhan AML dan peraturan ICO untuk memberituahu pemain industri. Jika ia dimasukkan ke dalam undang-undang, FinCEN perlu terlibat.

Gerard Daché, pengarah eksekutif di Government Blockchain Association, yang mempromosi penyelesaian teknologi blockchain kepada kerajaan, memanggil bil itu sepatutnya sudah lama berlaku.

Kerajaan selalunya akan cuba mengejar “orang jahat” dan peralatan blockchain mereka,  menurut Daché, membuang masa, tenaga dan wang ke atas teknik kuno sementara musuh maju ke hadapan.

Sumber:

https://www.coindesk.com/house-legislation-blockchain

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.