Default – Above Header Ads

US Ivy League University Melancarkan Kursus Online dalam Blockchain dan Matawang Kripto

The Wharton School of the University of Pennsylvania telah memperkenalkan program online dalam teknologi kewangan, termasuk matawang digital, menurut sidang media yang diterbitkan pada 30 Mei.

Program online baru yang dipanggil “Fintech: Foundations and Applications of Financial Technologies” memaparkan kuliah dan kajian kes tentang topik seperti pembayaran, matawang kripto, teknologi blockchain dan crowdfunding, dan sebagainya.

Selain daripada pensyarah universiti, kursus itu juga melibatkan wakil dari syarikat industri, termasuk pemproses pembayaran Square, peminjam di pasaran CommonBond, dan firma penasihat pelaburan Vanguard.

Anne Trumbore, pengarah senior Wharton Online, berkata program itu dilancarkan sebagai sebahagian daripada pendekatan universiti itu kepada pendidikan fintech. Menurut sidang media itu, Wharton baru-baru ini menubuhkan Stevens Center for Innovation in Finance, yang menjalankan penyelidikan ke atas teknologi kewangan.

Oleh sebab itu, Wharton kini menyertai sebilangan institusi pendidikan lain yang telah memperkenalkan teknologi fintech dan blockchain ke dalam kurikulum mereka. Awal bulan ini,  Turkish Bahçeşehir University dilaporkan membuka pusat blockchian di Northeaster University di Boston untuk membekalkan sokongan dalam teknologi blockchain.

Pada bulan April, the Natinal University of Colombia menyertai konsortium global blockchain untk sains yang dipanggil Bloxberg. University itu bersama-sama peserta lain dilaporkan bermatlamat untuk menubuhkan infrastruktur yang akan “meluaskan lanskap saintifik rangkaian blockchain yang ditadbit secara nasional atau dalam wilayah untuk menjadi rangkaian desentralisasi yang pertama yang diuruskan secara global oleh saintis untuk sains.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/us-ivy-league-university-rolls-out-online-course-in-blockchain-and-cryptocurrency

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads