Default – Above Header Ads

US Treasury Mensasarkan Raja Dadah China yang Menggunakan Bitcoin

Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) US Treasury telah menambah 11 alamat Bitcoin dan 1 alamat Litecoin ke dalam senarai Specially Designated Nationals sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap “Chinese drug kingpins” atau raja dadah China.

Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan (FinCEN) OFAC dan US Treasury mengumumkan usahasama untuk memberi tekanan kewangan ke atas tiga orang yang memegang kerakyatan China yang telah disenaraikan sebagai pengedar narkotik berbangsa asing di bawah Foreign Narcotics Kingpin Designation Act (Kingpin Act).

“Raja dadah China yang telah disenaraikan OFAC hari ini menjalankan operasi pengedaran dadah antarabangsa yang mengeluarkan dan menjual narkotik berbahanya, secara langsung menyumbang kepada krisis ketagihan opioid, overdose, dan kematian di Amerika Syarikat,” menurut US Treasury Department dalam satu sidang media.

Pada bulan September 2017, US Attorney’s Office for the Southern District of Mississippi telah mendakwa Xiaobing Yan, salah satu daripada individu yang disasarkan dalam tindakan terbaru ini, atas konspirasi untuk mengeluarkan dan mengedarkan bahan terkawal. Dakwaan yang sama telah difailkan oleh U.S. Attorney’s Office for the Northern District of Ohio terhadap Fujing Zheng dan ayahnya Guanghua Zheng pada bulan Ogos 2018.

Zheng didakwa berkaitan dengan Zheng Drug Trafficking Organisation, yang “mengeluarkan dan mengedarkan ratusan bahan terkawal, termasuk analog fentanyl seperti carfentanil, acetyl fentanyl dan furanyl fentanyl,” menurut US Treasury Department.

“Organisasi Zheng telah mencuci sebahagian keuntungan daripada jualan dadahnya dengan menggunakan matawang digital seperti Bitcoin, memindahkan keuntungan itu ke dalam dan ke luar akaun bank di China dan Hong Kong, dan telah melepasi sekatan matawang dan keperluan laporan,”menurut OFAC. “Kedua-dua Zheng dan Yan diketahui untuk menggunakan matawang digital (Bitcoin), dan OFAC juga telah mengenalpasti alamat Bitcoin yang berkaitan dengan kedua-dua pengedar dadah ini untuk memaksima gangguan kepada urusan kewangan mereka.”

Melanggar Kingpin Act boleh melibarkan penalti sivil sehingga $10 juta dan juga pendakwaan jenayah.

Sumber:

https://decrypt.co/8623/us-treasury-targets-alleged-chinese-drug-lords-used-bitcoin-launder-cash?utm_source=feed&utm_medium=Feed

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads