Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Uzbekistan Melarang Rakyat Daripada Membeli Matawang Kripto

Kerajaan Uzbekistan dilaporkan menghalang rakyatnya daripada membeli matawang kripto. Menurut berita pada 25 Disember, Agensi Pengurusan Projek Nasional telah mengharamkan warga negara daripada membeli matawang kripto, bahkan melalui bursa perdagangan kripto yang terkenal dan dipercayai. Keputusan itu mengejutkan ramai, kerana negara itu sebelum ini memperlihatkan pendirian yang tidak tegas terhadap mata wang digital.

Walaupun peraturan baru menghalang rakyat daripada memperoleh atau menjual matawang kripto, ia memberikan beberapa kebenaran perdagangan terhad kepada pemegang matawang kripto semasa. Pemegang yang warga Uzbekistan boleh menjual pelaburan semasa mereka di dua bursa berlesen selepas menjalani prosedur “Know Your Customer”, untuk mengelakkan kemungkinan pengubahan wang haram.

Mana-mana aset matawang kripto yang asalnya tidak boleh dibuktikan adalah haram untuk dipindahkan dan dimiliki di negara ini. Laporan turut menyatakan bahawa undang-undang ini mungkin tidak berkesan, memandangkan orang Uzbek dapat menggunakan rangkaian peribadi maya – atau VPN – untuk memintas larangan dan mengakses platform perdagangan matawang kripto asing.

Rujukan:

https://nuz.uz/ekonomika-i-finansy/45500-v-uzbekistane-zapretili-pokupat-kriptovalyutu.html

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads