Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Vctrade, Bursa Kripto Milik SBI Kini Terima Deposit Bitcoin, Ethereum, Ripple

 

Vctrade, bursa pertukaran kripto yang baru-baru ini dilancarkan oleh gergasi kewangan Jepun, SBI Holdings, telah melaksanakan deposit Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan Ripple (XRP).

Pengumuman selanjutnya menyatakan bahawa bursa pertukaran kripto – yang dilancarkan pada bulan Julai – sedang mempertimbangkan untuk menambah deposit Bitcoin Cash (BCH) selepas penilaian selanjutnya terhadap mata wang kripto ini. SBI juga menjelaskan bahawa pengeluaran mata wang kripto tidak akan tersedia sehingga lewat Januari 2019, dan akan terhad kepada dompet yang ditetapkan oleh syarikat itu sahaja. Keupayaan untuk menggunakan hanya satu dompet tertentu, menurut pengumuman itu, sepatutnya dapat “menghubungkan alamat yang berkaitan dengan pelanggan,” dengan itu memastikan pelaksanaan Anti Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pengganas di bursa pertukaran kripto tersebut.

SBI Holdings, menurut laman webnya, mempunyai modal berbayar lebih dari 92 juta yen ($ 828 juta), dan lebih daripada enam ribu pekerja. Mengikut pengumuman keputusan interim, dalam enam bulan yang berakhir pada 30 Sep tahun ini, syarikat itu mencatatkan pendapatan sebanyak 176 juta yen ($ 1.584 juta).

Sumber:

http://www.sbigroup.co.jp/news/pr/2018/1221_11384.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads