Velox 10 Menipu Beribu Rakyat Kenya dalam Scam Ponzi
Satu skim piramid Brazil besar telah menipu beribu rakyat Kenya. Individu berbangsa Brazil di sebalik skim itu dikenali sebagai Ricardi Rocha, pengasas syarikat yang dipanggil Velox 10. Syarikat itu sudah beroperasi di Kenya sejak September 2017. Tempoh ini dianggap penting kerana ia sebelum Bitcoin mencapai All-Time High pada Disember 2017.
Syarikat itu menjanjikan pulangan yang tidak realistik kepada sesiapa yang menyertainya. Pengguna perlu membayar yuran keahlian dan yuran naik taraf, kedua-duanya yang berjumlah Sh 30,000 (bersamaan $300) – tetapi Velox 10 mendakwa bahawa keuntungan beribu-ribu US Dolar boleh diperolehi setiap hari.
Jumlah keuntungan yang boleh diperoleh pelabur bergantung kepada yuran yang dibayar pada awalnya. Pelabur lain juga dijanjikan pulangan tidak realistik dari 30 ke 50 peratus setiap bulan.
Walaupun begitu, nampaknya Velox 10 telah hilang. Laman web syarikat itu telah ditutup, bermakna beribu-ribu penduduk Kenya terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak boleh mendapatkan kembali pegangan matawang kripto mereka. Domain laman web itu juga kini untuk dijual.
Apa yang menarik adalah beberapa individu mengetahui bahawa syarikat itu adalah skim piramid, dan telah memfailkan surat saman. Saman itu mendakwa syarikat itu tidak mempunyai lesen untuk mengutip duit, dan cuba memohon Hotel Intercontinental untuk mengusir syarikat itu. Usaha itu tidak berjaya, malah dipercayai melibatkan pemerasan.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!