Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Venezuela Kurangkan Sandaran Petro Dari 5 Billion Tong Minyak Kepada 30 Juta

Venezuela merancang untuk menyandarkan matawang kripto minyak nasionalnya, Petro (PTR), dengan 30 juta tong minyak mentah. Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mengumumkan bahawa inventori minyak berada di dalam tangki simpanan minyak negara dan siap untuk pengkomersilan segera dan berfungsi sebagai “sandaran material, fizikal” kepada Petro.

Presiden mengumumkan berita ini pada 20 November di televisyen negara, menurut laporan Reuters. Dalam pengumuman itu, Maduro menyeru Petro sebagai aset kripto berdaulat negara Venezuela. Walaupun Maduro tidak memberikan butiran mengenai bagaimana penjualan inventori minyak akan berfungsi untuk menyokong Petro setakat ini, satu lagi laporan Reuters mengatakan bahawa kerajaan Venezuela pada mulanya merancang untuk menyandarkan matawang kripto tersebut dengan lima bilion tong minyak.

Menurut laporan itu, penurunan tajam dalam kuantiti sandaran minyak Petro itu disebabkan oleh sekatan Amerika Syarikat terhadap syarikat minyak milik negara Venezuela, PDVSA. Firma itu didakwa mengurangkan pengeluaran minyak mentah pada 2019 ekoran sekatan tersebut. Berita itu datang di tengah-tengah gelombang baru promosi Petro secara besar-besaran oleh kerajaan Venezuala.

Sumber:

https://www.reuters.com/article/venezuela-oil-crypto/venezuelan-oil-in-storage-tanks-to-back-sanctioned-cryptocurrency-maduro-idUSL2N280223?rpc=401&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.