Default – Above Header Ads

Venture Capitalist Kripto Menjual Hartanah San Francisco Bernilai $1.6 Juta di Blockchain Ethereum

Pengasas TechCrunch Michael Arrington baru-baru ini menjual rumah San Francisco bernilai $1.6 juta melalui dana venture capital permulaannya Crunch Fund menggunakan platform transaksi berdasarkan blockchain Propy.

Propy menggunakan smart contract di atas blockchain Ethereum untuk memudahkan pembelian rumah secara global. Ia secara efektif menyelaraskan proses transaksi hartanah yang selalunya melibatkan kertas kerja yang menggunung untuk mengesahkan rekod berkaitan pendapatan, hartanah, liabiliti cukai, aset dan pemilikan.

Transaksi hartanah berdasarkan blockchain boleh menawarkan pembeli dan penjual pelbagai kelebihan dengan menanamkan kepercayaan kepada kedua-dua pihak dalam urus janji itu. Contohnya, transaksi yang dilaksanakan dan dijejak dalam blockchain membolehkan semua pihak yang terlibat untuk mengesahkan aset mana yang tidak dijual kepada beberapa pihak pada masa yang sama dan ianya dijual kepada pemilik yang betul. Penjual boleh mempercayai bahawa dana escrow cukup tanpa perlu bank dan yuran yang tinggi, mengurangkan risiko penipuan wire.

Semua pihak boleh mempercayai satu sama lain secara remote dengan sistem telus yang boleh memudahkan penawaran hartanah kepada pembeli dan penjual global.

Propy mengumumkan penjualan baru CrunchFund itu melalui tweet pada hari Isnin.

Natalia Karayaneva, CEO Propy, berkata urus janji itu adalah dalam dolar dan mempunyai gadai janji. Dia juga menyatakan bahawa transaksi itu adalah “standard baru untuk surat ikatan.”

Arrington, yang berkhidmat sebagai penasihat untuk Propy, menjadi berita utama pada tahun 2017 kerana menyempurnakan pembelian hartanah pertama dunia di atas blockchain Ethereum. Menggunakan token Propy, dia telah membeli apartmen bernilai $60,000 di Kiev, Ukraine.

Propy juga menyenaraikan hartanah mewah di seluruh dunia yang membenarkan pembayaran dalam bentuk Bitcoin, Ethereum dan XRP, termasuk matawang kripto lain.

CrunchFund milik pengasas TechCrunch itu memasukkan senarai pelabur awal dalam kripto dan teknologi termasuk CEO Ripple, Brad Garlinghouse dan pengasas DST Global Yuri Milner, menurut data yang dikumpul oleh Crunchbase.

Arrington juga menguruskan hedge fund kripto Arrington XRP Capital, salah satu daripada beberapa syarikat yang menggunakan XRP sama ada sebagai bentuk pembayaran ataupun untuk memindahkan nilai dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Dana bernilai $100 juta itu baru-baru ini bergabung dengan ByteSize Capital, dana persendirian dan pusat penyelidikan yang fokus sepenuhnya kepada matawang kripto.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/06/24/crypto-venture-capitalist-sells-1-6-million-san-francisco-property-on-ethereum-blockchain/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads