Default – Above Header Ads

Veteran Goldman Sachs Mengutip $3 juta untuk Menentang Manipulasi Kripto

 

Startup pengawasan kripto yang beroperasi di Amerika Syarikat yang diketuai oleh bekas jurutera fintech Goldman Sachs telah mengutip $3 juta dalam pusingan seed.

Solidus Labs, pembekal machine learning dan platform pengawasan perdagangan yang dikuasakan oleh AI untuk aset digital, mengumumkan berita itu pada 20 Februari, mengatakan bahawa kutipan itu melibatkan firma pelaburan awal Hanaco Ventures, firma VC Global Founders Capital dan veteran Wall Street David Krell dan Norman Sorensen.

Pelaburan itu akan digunakan untuk mengembangkan kepakaran firma itu dalam kejuruteraan dan machine learning, pada masa meningkatkan penjualan, pemasaran dan kumpulan sokongan pelanggan, untuk membangunkan platform itu.

Solidus berkata bursa pertukaran kripto kebanyakannya menggunakan platform pengawasan perdagangan yang sudah “ketinggalan” yang mungkin sesuai untuk matawang fiat, tetapi tidak untuk dunia kripto 24/7. Tambahan lagi, penyelesaian tradisional tidak mencukupi untuk menampung operasi pasaran kripto dan keperluan pengawalseliaan, menurut CEO dan pengasas Solidus, Asaf Meir.

“Sistem pengawasan kami yang dikuasakan machine learning mempunyai kebolehan untuk sentiasa mempelajari apabila corak baru muncul dan mendedahkan skim manipulasi baru,” Meir berkata. “Ia membolehkan respon secara serta-merta berbanding secara retroaktif.”

Solidus berkata sistem pengawasan berdasarkan web telah dilancarkan kepada klien termasuk bursa pertukaran kripto, broker, hedge fund dan pembuat pasaran di Eropah, Amerika Syarikat dan Israel. Firma itu juga mendakwa ia telah mengurangkan “false positives manipulasi perdagangan sebanyak 30 peratus” dengan cara menganalisa corak perdagangan dan menandakan anomali dalam real-time.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Isu manipulasi pasaran kripto dilihat sebagai salah satu perkara yang menghalang kemasukan pelabur institusi ke dalam pasaran. Ia juga dinaikkan oleh penguatkuasa dan penggubal undang-undang sebagai isu yang perlu diselesaikan.

Sumber:

https://www.coindesk.com/market-surveillance-startup-raises-3-million-to-tackle-crypto-manipulation

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads