Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Veteran Mobile Gaming dan eSports Kevin Chou Melancarkan Firma Gaming Blockchain, Forte

 

Kevin Chou telah bekerjasama dengan usahawan berpengalaman dalam industri permainan video lain untuk mencipta Forte, untuk menubuhkan ekosistem gaming P2P yang dikuasai oleh DLT. Syarikat Chou, Kabam, adalah syarikat hiburan yang telah membangunkan beberapa permainan multiplayer popular termasuk Marvel Contest of Champions untuk telefon pintar.

Disokong oleh veteran permainan video dari firma seperti GarageGames, pencipta Torque 3D dan beberapa enjin permainan lain, Unity dan Linden Lab, pencipta dunia virtual Second World, Forte bermatlamat untuk mencipta platform untuk pembangun game untuk mempromosi penggunaan meluas teknologi Blockchain menyokong ekonomi P2P dalam game baru dan lama.

Walaupun masih baru, teknologi blockchain, teras disebalik Bitcoin dan aset digital lain telah melihat penggunaan yang signifikan dalam pelbagai industri baru-baru ini, lebih-lebih lagi dalam ekosistem kewangan di mana ia digunakan oleh firma fintech untuk menjalankan pembayaran merentasi sempadan.

Pada 22 Februari 2019, BTCManager diberitahu Bahawa LA Kings, kumpulan hoki AS telah mengumumkan penggunaan teknologi blockchain untuk mengesahkan ketulenan barangan.

Dalam temubual bersama VentureBeat, Chou menyatakan bahawa Walaupun kemunculan free-to-play dan teknologi cloud gaming telah memudahkan pembangun game melancarkan game mereka dalam platform media sosial seperti Facebook dan telefon mudah alih, sistem itu tidak memberi apa-apa insentif kepada pembangun, kerana hampir semua pemain enggan membayar untuk perkhidmatan itu.

Chou melihat untuk menggunakan teknologi Blockchain untuk mencipta ekonomi perdagangan P2P yang mengurangkan risiko kepada semua pihak dalam industri permainan video.

Default – Inside Post Ads

Chou berkata:

Teknologi blockchain membolehkan perkembangan baru dan peluang untuk melakukannya secara berlainan. Kami akan menyediakan teknologi blockchain untuk pasaran besar dan aktif bekerjasama dengan pembangun untuk membina ekonomi game untuk pemain yang memberi kebaikan kepada pembangun dan pemain.”

Forte khususnya fokus kepada membangunkan penyelesaian desentralisasi dan produk yang membolehkan pembangun game integrasi DLT dalam game mereka, memperceptakan penggunaan teknologi itu secara meluas.

Sumber:

https://btcmanager.com/mobile-gaming-and-esports-veteran-kevin-chou-launch-blockchain-gaming-firm-forte/?q=/mobile-gaming-and-esports-veteran-kevin-chou-launch-blockchain-gaming-firm-forte/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads