Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Visa Beli Rakan Kongsi Pembayaran Rentas Sempadan Ripple, Earthport

 

Visa Inc. memperolehi rakan kongsi Ripple, Earthport Plc, rangkaian pembayaran transaksi rentas sempadan. Ditubuhkan pada tahun 1997, Earthport yang berpusat di London adalah firma perkhidmatan kewangan yang menawarkan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan kepada bank dan institusi kewangan. Earthport adalah rakan kongsi syarikat teknologi Ripple, di mana perkongsian itu bertujuan untuk mengintegrasikan protokol Ripple ke dalam rangkaian pembayaran sedia ada Ripple untuk meningkatkan tahap transaksi antarabangsa.

Pengambilalihan itu bernilai £ 198 juta ($ 251 juta), atau 30 pence ($ 0.38) bagi setiap saham Earthport, yang melebihi harga penutupan saham pada hari Isnin sebanyak 7.45 pence. Saham Earthport, yang disenaraikan di pasaran sekunder Bursa Saham London, dilaporkan merosot lebih 28 peratus tahun ini berikutan kerugian dan perbelanjaan yang semakin meningkat. Ini dilaporkan membuat syarikat mempertimbangkan perubahan besar-besaran dalam strateginya.

Pada tahun 2016, Earthport melancarkan application programming interface(API) yang direka untuk menghubungkan bank kepada protokol Ripple semasa memproses pembayaran rentas sempadan. Pembangunan itu dilaporkan telah membolehkan bank-bank mengatasi masalah belanjawan, teknologi dan pematuhan undang-undang.

Sumber:

https://uk.reuters.com/article/uk-earthport-m-a-visa/visa-to-buy-british-payments-firm-earthport-for-198-million-idUKKCN1OQ0EM

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.