Visa, Mastercard, Ebay, Stripe Ikut Jejak Paypal Dalam Menarik Diri Dari Projek Libra Facebook
Mastercard, Visa, syarikat lelong digital eBay, firma pembayaran Stripe dan Mercado Pago semuanya menarik diri dari Libra Association yang dipimpin Facebook. Financial Times melaporkan pada hari Jumaat bahawa eBay dan Stripe telah keluar daripada projek mata wang kripto Libra, disebabkan tekanan politik, berikutan PayPal, yang menarik sokongan sendiri projek itu awal minggu ini. Jurucakap Mastercard mengesahkan bahawa syarikat mereka juga akan menarik diri.
Libra Association dijadualkan mengadakan mesyuarat rasmi pertamanya minggu depan, di mana baki 23 ahli – termasuk Facebook dan anak syarikatnya, Calibra – sepatutnya menandatangani piagam kumpulan itu. Jurucakap Facebook mengesahkan bahawa mesyuarat itu masih berlangsung seperti yang dirancang.
Facebook melancarkan visinya untuk Libra pada bulan Jun 2019, mengumumkan projek bercita-cita tinggi yang bertujuan menyediakan perkhidmatan perbankan kepada lebih dari 1 bilion individu yang kekurangan akses. Bagaimanapun, projek itu menyaksikan tindakan segera dari penggubal undang-undang di seluruh dunia, dengan pegawai Jerman dan Perancis bersumpah untuk menyekat pelancarannya dan Perwakilan A.S. Maxine Waters menyeru untuk menghentikan pembangunan sehingga halangan peraturan projek diselesaikan.
Rujukan:
https://www.ft.com/content/a3e952dc-ec5c-11e9-85f4-d00e5018f061
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!