Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Vitalik Buterin: Tiada Lagi Pertumbuhan 1000 Kali Ganda Dalam Dunia Kripto

Menurut Vitalik Buterin, pencipta bersama Ethereum, berkata pertumbuhan 1000x seperti yang dilihat pada 2017 dalam dunia mata wang kripto sudah lenyap. Buterin menekankan bahawa kesedaran mengenai mata wang kripto dan teknologi blockchain telah mencapai titik tertinggi pada Disember 2017, apabila harga mata wang kripto utama seperti Bitcoin, Ethereum, Ripple, dan Bitcoin Cash menunjukkan pulangan 10 hingga 300 kali ganda.

Pada tahun-tahun yang akan datang, Buterin menyatakan bahawa industri akan memberi tumpuan kepada meningkatkan kebolehgunaan dan akses kepada sistem-sistemterdesentralisasi. Buterin menjelaskan bahawa strategi mempromosikan teknologi blockchain dan mata wang kriptoke pangkalan pengguna yang lebih luas menemui jalan mati dan kini sudah tiba masanya untuk memperbaiki infrastruktur sistem, aplikasi (dApps), dan protokol untuk menggalakkan pengguna komited menggunakan platform berasaskanblockchain.

Vitalik Buterin percaya bahawa zaman mengubah beberapa dolar ke dalam mata wang kripto dapat memperolehi keuntungan berjuta-juta dolar sudah berakhir. Dalam bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang, untuk mencapai penggunaan arus perdana yang sebenar, pemaju dApps perlu memastikan bahawa penggunaan sistem terdesentralisasiadalah lancar dan cekap berbanding sistem berpusat.

Sumber:

https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-09-08/crypto-growth-nears-ceiling-ethereum-co-founder-buterin-says

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads