Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Vitalik: Ethereum Dapat Capai 500 TX/S Menggunakan Teknologi Zcash

 

Pengasas bersama Ethereum, Vitalik Buterin mempunyai rancangan untuk penskalaan rangkaian Ethereum untuk menampung peningkatan sebanyak 3,200% dalam urus niagatanpa penggunaan teknologi lapisan kedua seperti Plasma. Buterin berkata bahawa Ethereum boleh meminjam inovasi teknologi dari mata wang kripto memfokuskan privasi untuk “mengesahkan” urus niaga ETH.

Teknologi itu, ZK-SNARKS, membolehkan relaying noduntuk “mengesahkan kebenaran pengiraan tanpa perlu melaksanakannya” atau “pelajari apa yang telahdilaksanakan”. Buterin menjelaskan bahawa relayer boleh mengumpul transaksi bersama-sama dan kemudian menerbitkan ZK-SNARK untuk membuktikan kesahihan mereka, yang mana proses ini memampatkan jumlah data yang disimpan dalam blockchain sambil menyimpan semua urus niaga dalam rangkaian Ethereum.

Buterin menganggarkan bahawa integrasi dan penggunaan ZK-SNARKS membolehkan Ethereum memproses sekitar 500 transaksi sesaat, berbanding paras semasa sekitar 15. Itu bukan hanya mewakili peningkatan 3,200 peratus dalam kapasiti rangkaian tetapi juga mencapai prestasi ini tanpa menggunakan teknologi lapisan kedua. Jika digunakan seiring dengan teknologi lapisan kedua selepas pelancarannya, penskalaan akan bertambah dengan lebih banyak.

Sumber:

https://ethresear.ch/t/on-chain-scaling-to-potentially-500-tx-sec-through-mass-tx-validation/3477

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.