Default – Above Header Ads

Wallet Kereta Baru Membolehkan Pembayaran IOTA Otomatik

 

Firma teknologi keselamatan Jerman telah mendedahkan wallet kenderaan yang membolehkan kereta untuk membeli minyak atau perkhidmatan lain dengan token MIOTA secara otomatik.

Accessec mendemonstrasi Car Wallet terbarunya kepada awam pada minggu lepas. Di intergrasi ke dalam kenderaan itu, wallet itu berinteraksi secara otomatik dengan terminal point-of-sale (PoS). Ia boleh memulakan perkhidmatan, seperti membenarkan titik bateri untuk mula caj, dan membayar jumlah yang perlu dibayar terus ke peniaga.

Menurut Sven Feuchtmüller, konsultan penyelidikan di Accessec, pemandu hanya perlu memastikan kedua-dua komponen hardware rapat secara fizikal untuk berinteraksi.

“Dalam contoh stesen caj kereta, seseorang hanya perlu memandu ke stesen dan menyambungnya,” dia menulis dalam emel ke Crypto Briefing. “Kebenaran dan pembayaran akan dilakukan secara otomatik oleh kereta anda di latar belakang.”

Car Wallet adalah berdasarkan mainnet Tangle, dan menggunakan MIOTA untuk memindahkan nilai kepada peniaga. Dominik Schiener, pengasas bersama IOTA Foundation, memberitahu Crypto Briefing bahawa pertubuhan itu sangan ‘teruja’ oleh berita itu dan kebaikan yang akan dibawa ke ekosistem IOTA.

IOTA tertumpu kepada merapatkan jurang antara DLT dan sektor IoT. Dengan banyak peralatan menghantar data kepada pengeluar dan peranti lain secara otomatik, Tangle direka bentuk untuk menjalankan pembayaran dan komunikasi machine-to-machine (M2M) yang boleh diskala, lancar dan cepat.

Tangle adalah protokol DAG, di mana pengguna mengesahkan transaksi sebelum ini apabila mereka menghantar transaksi. Secara teori, ini menjadikan rangkaian itu jimat kos dan boleh diskalakan: protokol yang ideal untuk IoT, di mana mesin boleh bertukar beribu pembayaran mikro.

Data yang dikumpul oleh Tangle Explorer menunjukkan rangkaian itu kini memproses lebih kurang 5 transaksi setiap saat. Ia adalah throughput yang sama dengan rangkaian Bitcoin.

Car Wallet bukan implementasi pertama IOTA dalam sektor automobil. Projek itu telah bekerjasama dengan Volkswagen untuk integrasi Tangle ke dalam ciri Connect terbaru pengeluar itu, membolehkan pemandu melihat jarak yang telah dipandu.

Sumber:

https://cryptobriefing.com/iota-car-wallet/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads