Default – Above Header Ads

Wallet QuadrigaCX Kosong dan Tidak Digunakan Sejak April

 

Firma audit Big Four Ernst & Young (EY) mengeluarkan “Laporan Ketiga Monitor” dalam prosiding perlindungnan kreditor bursa pertukaran kripto QuadrigaCX pada 1 Mac.

Dalam laporan itu, firma audit itu telah mengenalpasti enam wallet kripto yang digunakan untuk menyimpan Bitcoin, matawang kripto paling banyak digunakan di atas platform. Selain daripada satu transaksi berjumlah $500,000, tiada deposit yang masuk ke dalam wallet itu sejak April 2018. 

Tambahan lagi, menurut laporan itu:

“Sehingga hari ini, Pemohon tidak dapat mengenal pasti sebab mengapa Quadriga telah berhenti menggunakan Cold Wallet Bitcoin yang Telah Dikenalpasti Untuk deposit pada bulan April 2018, namun begitu, Monitor dan Pengurusan akan berterusan memeriksa pengkalan data Quadriga Untuk mendapatkan maklumat lanjut.”

Pada awal Februari, bursa pertukaran itu memfailkan perlindungan kreditor apabila – selepas kematian pengasasnya Gerald Cotten – ia kehilangan akses kepada cold wallet dan kuncinya, yang memegang aset klien mereka. Sejak itu, bursa pertukaran itu, mahkamah, EY dan penyiasat telah menjalankan proses rumit untuk mengenalpasti ke mana pergi dana itu.

Laporan hari ini juga mengatakan, dalam penyiasatan mereka, EY telah menemui 14 akaun pengguna yang “mungkin dicipta di luar proses normal oleh Quadriga” dan “ia nampak seperti akaun-akaun itu dicipta di bawah beberapa alias.”

Monitor juga sedang cuba mengenalpasti data transaksi dan baki akaun dari platform itu, yang disimpan dalam cloud oleh Amazon Web Services, namun begitu:

“Memandangkan akaun peribadi itu di bawah nama En Cotten, AWS telah memberitahu ia tidak boleh memberi akses kepada Monitor kepada akaun itu.”

Baru-baru ini, bursa pertukaran kripto Kraken telah menawarkan ganjaran $100,000 untuk tip yang boleh di bawa ke penemuan dana QuadrigaCX yang hilang. Ganjaran itu boleh diambil dalam bentuk fiat atau matawang digital. Kraken berkata,”Semua tip yang dikumpul Kraken akan diserahkan kepada FBI, RCMP atau penguatkuasa undang-undang yang lain, yang mempunyai kepentingan dalam kes ini.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/report-quadrigacx-wallets-have-been-empty-unused-since-april

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.