Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Wanita PBB Guna Teknologi Blockchain Untuk Program Pelarian Jordan

Wanita PBB – entiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memperjuangkan kesamaan jantina dan memperkasa wanita – akan menggunakan teknologi blockchain untuk pemindahan wang di kem pelarian Jordan. Menurut pengumuman tersebut, Wanita PBB dengan kerjasama Program Makanan Dunia(WFP) akan menggunakan teknologi blockchain untuk transaksi wang di kem Za’atari dan Azraq. Penduduk kedua-dua kem perlarian tersebut adalah melebihi 115,000 orang.

Pelarian wanita yang menyertai program pekerjaan dari entiti Wanita PBB dapat memperoleh wang tunai mereka secara langsung tanpa bantuan pihak ketiga seperti bank. Inisiatif ini akan meneroka dua pilihan, yang membolehkan para peserta mendapat wang tunai di pasaraya yang bekerjasama dengan WFP, atau membayar pembelian mereka secara langsung.

Penyelesaian blockchain baru ini berdasarkan projek WFP sebelumnya yang dipanggil Building Blocks, yang telah membolehkan 76,000 pelarian Syria di Zaatari membeli makanan menggunakan imbasan mata mereka. Untuk mengakses dana mereka, peserta mengimbas mata mereka, yang kemudiannya dihubungkan ke akaun mereka di blockchain.

Sumber:

http://www.unwomen.org/en/news/stories/2018/9/press-release-un-women-and-wfp-harness-innovation-for-economic-empowerment-in-crisis

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.