Default – Above Header Ads

Waves Meningkat 45% Setelah Pengumuman Protokol Kontrak Pintar

 

Nilai token Waves meningkat berbanding Dolar AS selepas syarikat itu mengumumkan pelancaran protokol kontrak pintar baru untuk blockchain mereka. Nilai WAVES / USD di Binance naik dari $1.90 kepada setinggi $2.76 pada hari pengumuman itu, memperolehi lebih daripada 45 peratus keuntungan. Walau bagaimanapun, WAVES telah mengalami pembetulan harga dan diperdagangkan pada $2.20 pada masa penulisan.

Protokol kontrak pintar Waves akan berkuatkuasa seminggu selepas konsensus komuniti perlombongan mencapai 80 peratus, menurut pengumuman syarikat itu di Steemit. Ia akan bermula dengan pengeluaran Smart Accounts – yang akan menyenaraikan beberapa ciri popular seperti dompet multi-signatures, atomic swap, token freezing, whitelist voting, dan data oracles.

Protokol baru ‘Waves’ juga bercadang untuk menawarkan penyelesaian kepada kos gas Ethereum. Dalam pengumumannya, syarikat itu menyatakan bahawa mereka akan membuang keperluan gas untuk bayaran transaksi standard – yang sangat minimum untuk penggunaan rangkaian dan kos penggunaan gas tersebut dapat diramalkan dengan tepat.

Sumber:

https://www.ccn.com/waves-swells-45-upon-announcement-of-smart-contract-protocol/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads