Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

WEF: Blockchain Bakal Menyumbang $ 1.1 Trilion Dalam Perdagangan Global

 

Laporan dari Forum Ekonomi Dunia menunjukkan teknologi blockchain mempunyai harapan yang tinggi untuk menjana pertumbuhan pendapatan dijangka melebihi $ 1 trilion dalam perdagangan dunia. Caranya adalah dengan mengatasi halangan penting dalam proses dagangan global mengurangkan proses manual dan menggunakan pendokumentasian kertas yang tidak selamat dan efisien.

Bahagian dari laporan itu yang bertajuk “Financing: Suffering under the paper monster” ditujukan kepada masalah proses yang rumit dan kompleks menggunakan dokumen dalam perdagangan global, membuat rujukan kepada eksperimen di mana Maersk dan IBM mengesan penghantaran dari Kenya ke Belanda hanya untuk mengetahui bahawa proses itu tidak cekap. Daripada jumlah keseluruhan penghantaran selama 34 hari, 10 hari digunakan hanyalah untuk menguruskan dokumentasi secara manual.

WEF menyatakan: “Proses berasaskan kertas, proses manual, yang dicipta berabad-abad yang lalu, membawa kepada kerumitan dan kelewatan, menyebabkan kesilapan dan risiko, dan menghalang kepada proses pengesanan maklumat masa nyata dan pengesanan yang diperlukan untuk keputusan pembiayaan yang boleh dipercayai.” Menghapuskan jejak kertas dengan menggantikan proses-proses ini dengan DLT akan mempunyai kesan positif yang besar terhadap alam sekitar, mengurangkan penyeludupan akibat peningkatan ketelusan, dan menjana lebih $ 1 trilion dalam nilai perdagangan sambil menjimatkan kos penggunaan kertas.

Sumber:

http://www3.weforum.org/docs/White_Paper_Trade_Tech_report_2018.pdf

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads