Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Weiss Ratings Mengeluarkan Laporan Baru Tentang Matawang Kripto

 

Syarikat penarafan (rating) persendirian terkemuka Weiss Ratings telah mengeluarkan laporan “Weiss Cryptocurrency Outlook” edisi Mac 2019. Laporan itu meletakkan rating untuk 122 matawang virtual yang telah dilancarkan lebih dari setahun yang lalu.

Weiss Cryptocurrency Rating sudahpun mengeluarkan laporan tentang matawang virtual setiap bulan. Tujuannya adalah untuk memberi penarafan setiap minggu untuk setiap aset digital dalam pasaran. Terdapat dua komponen utama yang diambil kira semasa menganalisa matawang virtual: “Risiko/Ganjaran Pelaburan” dan “Teknologi/Implementasi”.

Syarikat itu menggunakan enam gred yang memberi maklumat tentang matawang digital; A, B, C, D, E, F yang bermakna Cemerlang (Excellent), Sangat Baik (Good), Baik (Fair), Lemah (Weak), Sangat Lemah (Very Weak) dan Penipu (Fraud).

Keseluruhan rating adalah gambaran keseluruhan yang seimbang mengenai semua faktor berkaitan dengan sesuatu matawang virtual. Untuk mencapai nilai itu, mereka menjalankan algoritma yang spesifik.

Digital aset berprestasi tinggi dari segi teknologi dan implementasi adalah XRP, EOS dan Bitcoin di tangga teratas. Ketiga-tiga matawang kripto telah menerima gred A dalam kategori ini dan ketiga-tiganya juga mendapat tempat teratas dalam keseluruhan rating. Turutannya adalah EOS, diikuti XRP dan Bitcoin dan semuanya mendapat gred B-.

Apa yang menarik adalah tiada satu pun aset digital yang mendapat gred “A” dalam keseluruhan Weiss Crypto Rating. Terdapat empat matawang digital yang menerima “B-”, termasuk Bitcoin. Antara sebab penambah baikan dalan gred Bitcoin adalah berkaitan dengan perkembangan Lightning Network (LN).

Terdapat 27 matawang digital yang mendapat gred “C”, 75 aset digital dengan gred “D” dan 16 matawang kripto dengan gred “E”.

Weiss Ratings bertujuan untuk memberi maklumat yang lebih baik dalam ruangan matawang kripto. Ia berguna untuk tujual pelaburan dan juga bagaimana setiap aset digital mempunyai penilaian berbeza bergantung kepada firma yang menilainya.

Sumber:

https://usethebitcoin.com/weiss-ratings-releases-new-march-report-about-cryptocurrencies/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads