Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

West Virginia Tawarkan Undian Blockchain Untuk Pilihan Raya Tahun Ini

 

West Virginia sedang melancarkan aplikasi pengundian mudah alih berasaskan blokchain supaya askar Amerika di luar negara boleh membuang undi mereka dalam pilihan raya yang akan datang. Negeri tersebut sebelum ini menggunakan platform pengundian mudah alih, yang dinamakan Voatz, dalam sebuah projek perintis untuk tentera yang ditempatkan di dua daerah. Setiausaha Negara, Mac Warner pada masa itu berkata pelan itu adalah untuk memperluaskan projek tersebut ke 55 daerah untuk undian pada November jika ianya berjaya.

Menurut pejabat Warner, “empat audit pelbagai komponen alat, termasuk infrastruktur awan dan blockchainnya, tidak menunjukkan sebarang masalah.” Pelaksanaan ini akan membataskan penggunaan Voatz untuk tentera yang berkhidmat di luar negara sahaja. Beliau juga menambah bahawa aplikasi baru itu bukanlah untuk menggantikan pengundian tradisional dan menegaskan bahawa tentera masih dapat “membuang undi kertas” pada pilihan raya.

Aplikasi yang dibuat oleh syarikat dari Boston, Voatz, akan memeriksa dengan video selfiepengundi dan akan dipadankan dengan ID kerajaan untuk pengesahan pengguna. Setelah diluluskan, pengundi akan dapat memberikan undi mereka, yang kemudiannya direkodkan pada blockchain, memastikan maklumat pengundian mereka selamat.

Sumber:

https://money.cnn.com/2018/08/06/technology/mobile-voting-west-virginia-voatz/index.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.