Default – Above Header Ads

Wetez Wallet Menerbitkan Cara Untuk Memperoleh Pendapatan Melalui Staking

 

Pembangun wallet Wetez, wallet matawang kripto berdasarkan proof-of-stake (PoS), telah menerbitkan blog informatif di mana mereka menerangkan bahawa pengguna boleh “delegasi” secara langsung daripada aplikasi wallet itu – untuk “memperoleh pendapatan terus ke dalam wallet.

Wallet Wetez boleh dimuat turun daripada kedua-dua Android dan iOS store. Untuk mula memperoleh pendapatan, pengguna boleh “delegasi senarai beberapa baker dan memeriksa pendapatan yang diperolehi secara langsung” daripada telefon pintar mereka.

Buat mereka yang sudah biasa dengan platform Tezos (XTZ), mereka Tahu “baking” di blockchain Tezos lebih kurang sama dengan melombong di rangkaian proof-of-work (PoW) seperti Bitcoin. Satu daripada tanggungjawab utama bakers di platform Tezos adalah untuk mengesahkan transaksi (sama seperti pelombong PoW).

Selain daripada menyokong staking Tezos, wallet Wetez juga mempunyai ciri built-in yang membolehkan pengguna stake Cosmos (ATOM), rangkaian blockchain yang baru sahaja dilancarkan, yang membantu menghubung “blockchain lain yang mempunyai kebolehoperasian dan boleh diskalakan” yang sesuai dengan ekosistem Cosmos.

Pengguna juga boleh akses protokol dan infrastruktur perkhidmatan IRISnet (IRIS). Platform IRISnet, yang “memudahkan pembinaan aplikasi perniagaan yang teragih” telah dibangunkan oleh rangkaian Cosmos – menggunakan software development kit (SDK) proprietarinya dan Tendermint.

Seperti yang dijelaskan di blog POS Bakerz, pengguna perlu ada minimum 100 XTZ ($100) untuk “delegasi”. Selepas pengguna deposit sekurang-kurangnya 100 XTZ (dan lebih sedikit untuk yuran transaksi), mereka akan “mendapat kelulusan” dan akan “boleh melihat ganjaran yang berbeza.”

Menurut blog itu lagi, ia mengambil masa sebanyak “7 kitaran baker” sebelum pengguna didaftarkan secara rasmi sebagai salah seorang delegator. Proses ini termasuk transaksi pengguna “didaftarkan ke atas blockchain.”

Dengan mengikuti proses yang sama, pengguna boleh delgasi token Cosmos, ATOM, untuk mendapatkan ganjaran. Untuk IRISnet pula, pengguna boleh delegasi tiga kripto PoS berbeza ke dalam wallet yang sama.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/04/how-to-start-earning-now-using-proof-of-stake-cryptocurrencies-from-smartphones/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.