Default – Above Header Ads

White House Menyatakan bahawa Matawang Kripto Digunakan untuk Pembelian Fentanyl

White House telah mengeluarkan dua penyataan tentang pembelian dadah di Amerika Syarikat pada 21 Ogos, menggunakan komunikasi untuk membuat rujukan spesifik kepada peranan matawang kripto dalam transaksi itu.

Penyataan itu, ditujukan kepada kedua-dua institusi kewangan dan platform pembayaran digital, menyatakan bahawa “matawang virtual yang boleh ditukar”, terutama Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum dan Monero, boleh dan telah digunakan untuk pembelian bahan haram di dark net.

Penyataan itu mendefinisikan matawang virtual yang boleh ditukar sebagai matawang yang mudah untuk dicairkan ke matawang fiat yang stabil seperti Dollar.

Bahan haram yang dinyatakan secara khusus adalah dadah fentanyl, yang disenaraikan dalam Jadual II yang memasuki AS melalui Mexico atau China, menurut penyataan itu.

Menurut Agensi Penguatkuasaan Dadah, fentanyl 80 hingga 100 kali lebih kuat dari dadah morfin.

“Analisa data kewangan sensitif menunjukkan bahawa pengeluar dadah haram, pengedar dan pengguna menggunakan platform pembayaran online atau [matawang virtual yang boleh ditukar] untuk membeli bahan kimia mentah atau narkotik yang sudah disintesis yang didapati dari China,” menurut penyataan itu.

White House telah mengeluarkan penyataan kewangan kepada agensi kerajaan lain sebagai sebahagian daripada usaha kooperatif untuk “menamatkan epidemik fentanyl.” Kerana itu, medium pembayaran dikaji, termasuk matawang virtual.

Pengakhiran pasaran gelap AlphaBay pada bulan Julai 2017 oleh pegawai AS telah diberikan sebagai contoh interaksi masa lalu antara matawang virtual dan bahan haram.

Sumber:

https://www.coindesk.com/white-house-advisory-says-virtual-currencies-used-for-fentanyl-purchases

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads