Default – Above Header Ads

Wilayah Kanto Jepun Jejaki Lebihan Tenaga Solar Dengan Power Ledger

Firma teknologi Australia, Power Ledger akan menjalankan satu lagi percubaan perdagangan tenaga solar menggunakan blockchain di rantau Kanto Jepun menjelang Disember 2019. Untuk melancarkan percubaan kedua di negara ini, Power Ledger telah bekerjasama dengan pembekal solar Jepun Sharing Energy dan eRex, syarikat peruncit elektrik.

Percubaan Power Ledger baru ini akan menjejaki tahap lebihan tenaga solar dan perdagangan elektrik, mengintegrasikan platform P2P yang dikuasakan blokchain dengan sistem meter di rantau Kanto. Dengan Tokyo yang terletak di Kanto, rantau ini dianggap sebagai enjin utama ekonomi Jepun dan merupakan ekonomi sub-nasional kedua terbesar di dunia selepas California di Amerika Syarikat.

Percubaan tersebut bercadang untuk menunjukkan manfaat sistem tenaga teragih dalam mengatasi pengurangan tarif bekalan tenaga, yang dijadualkan pada Oktober 2019 dan dijangka memberi kesan kepada lebih daripada 500,000 pengguna tenaga solar. Platform ini dilaporkan akan membolehkan peserta percubaan ini menetapkan harga dan menjejaki perdagangan tenaga dalam masa nyata untuk menunjukkan penyelesaian transaksi lebihan tenaga solar.

Dengan percubaan teknologi Power Ledger, Kanto berpotensi mempelajari bagaimana untuk mengewangkan pelaburan tenaga boleh diperbaharui dan mendapatkan akses kepada sistem tenaga murah. Ujian dengan Sharing Energy dan eRex dijadualkan berlangsung sehingga Disember 2019.

Rujukan:

https://www.powerledger.io/article/power-ledger-partners-with-sharing-energy-and-erex-for-p2p-trial-to-strengthen-foothold-in-japan/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!