Default – Above Header Ads

Wilayah Yugra Rusia Melancarkan Platform Pelancongan Berdasarkan Blockchain

Khanti-Mansi Autonomous Okrug – Yugra, satu wilayah di bawah penguasaan Rusia, akan melancarkan platform pelancongan berdasarkan blockchain, menurut laporan media tempatan Tass pada 7 Jun.

Menurut laporan itu, semasa St. Petersburg International Economic Forum minggu ini, pengarah am dana pembangunan wilayah itu, Roman Genkel, menandatangani perjanjian dengan Alexander Borodich, CEO startup blockchain Universa, untuk melancarkan platform itu.

Menurut terbitan blog dari Universa pada 7 Jun, sistem itu akan membolehkan penjejakan perbelanjaan dan pelaburan orang awam untuk memastikan ketelusannya. Syarikat itu mendakwa:

“Menjejak wang menggunakan teknologi lejar teragih akan melindungi geran kerajaan dan pelaburan daripada disalahgunakan.”

Firma itu juga dilaporkan akan membangunkan platform itu untuk menyokong beberapa bahasa, dengan matlamat keseluruhannya untuk menghubungkan semua peserta dalam ekosistem pelancongan – pembekal produk dan perkhidmatan pelancong, pengangkutan, penginapan dan pembekal katering, pelabur dan pelancong sendiri.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph, ketua Agensi Pelancongan Rusia, Oleg Sofanov, mendakwa bahawa teknologi blockchain mempunyai kebolehan untuk mengubah industri pelancongan negara itu pada November 2017.

Pada bulan Mac tahun lalu, berita melaporkan tentang Dubai melancarkan pasaran B2B virtual khusus untuk pelancongan menggunakan blockchain sebagai sebahagian daripada inisiatif Dubai 10x “untuk maju 10 tahun ke hadapan daripada bandar-bandar dunia yang lain”.

Juga dalam Forum Ekonomi itu, ketua syarikat minyak milik kerajaan Rosneft menyatakan bahawa syarikat itu masih belum mengetepikan kemungkinan membayar minyak menggunakan matawang kripto di masa hadapan.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/russian-region-yugra-to-launch-blockchain-enabled-tourism-platform

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads