Default – Above Header Ads

World Bank Melancarkan Private Blockchain untuk Tujuan Dalaman

 

The International Monetary Fund (IMF) dan the World Bank telah bekerjasama untuk melancarkan blockchain swasta dengan pseudo-token pada 12 April, menurut laporan oleh the Financial Times.

Token baru itu, yang dipanggil “Learning Coin” dan hanya boleh diakses oleh IMF dan World Bank, bertujuan untuk mengajar individu tertentu dalam organisasi itu tentang blockchain. Walaupun coin itu tiada nilai nyata – kerana itu ianya adalah pseudo-token – pekerja yang melepasi milestone pembelajaran akan menerima token itu yang boleh ditebus untuk ganjaran yang telah ditetapkan.

Matlamatnya adalah untuk memberi pemahaman kepada pekerja organisasi itu tentang Aplikasi teknologi blockchain dalam dunia sebenar, dan suatu aplikasi akan digunakan untuk menyimpan terbitan blog, penyampaian dan video.

Laporan Financial Times berkata:

“Pembangunan aset kripto dan teknologi lejar teragih berkembang dengan begitu cepat, begitu juga dengan jumlah maklumat (neutral dan berkepentingan) tentangnya. Ini memaksa bank pusat, penguatkuasa dan institusi kewangan mengiktiraf jurang pengetahuan yang semakin besar antara pembuat undang-undang, polisi, pakar ekonomi dan teknologi itu.”

Baru-baru ini IMF mengeluarkan laporan yang menunjukkan 40 bank pusat seluruh dunia telah menjalankan penyelidikan meluas dan/atau melancarkan inisiatif blockchain, menunjukkan perhatian yang meningkat dari entiti yang telah tertubuh di seluruh dunia yang ingin mengambil kesempatan terhadap kelebihan teknologi blockchain dalam firma mereka sendiri.

Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde, juga telah berkata bahawa matawang kripto “ternyata menggegarkan sistem”:

“Saya berpendapat peranan disruptor dan apa sahaja yang menggunakan teknologi lejar teragih, sama ada anda memanggilnya kripto, aset, matawang, atau apa sahaja… ternyata ia menggegarkan sistem. Kita tidak masu inovasi yang akan menggegarkan sistem secara terlampau sehingga kita kehilangan kestabilan yang diperlukan.”

Sumber:

https://www.investinblockchain.com/breaking-world-bank-launches-learning-coin-for-its-in-house-purposes/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.