Default – Above Header Ads

Wyoming Bertegas untuk Menjadikan Bitcoin Wang Rasmi

 

Wyoming akan memperkenalkan bil yang akan meletakkan matawang kripto seperti Bitcoin dalam status yang sama seperti wang rasmi. Bil tersebut juga akan memberi klasifikasi yang jelas tentang aset digital, terutama untuk pentadbiran jagaan.

Disokong oleh Senator Tara Nethercott (R-WY) bersama-sama lima Senator dan Wakil negeri yang lain, bil yang dicadangan yang dinamakan “Undang-undang Sedia Ada Aset Digital”, memanggul kepada klasifikasi yang sesuai untuk aset virtual. Bil itu juga ingin membina rangka undang-undang untuk jagaan aset virtual melalui bank, menggantikan institusi kewangan lain.

Menurut bil itu, aset virtual jatuh di bawah tiga kategori: sekuriti, aset dan matawang. Penyokong bil itu percaya matawang kripto seperti Bitcoin jatuh di bawah kategori matawang, memberi mereka status undang-undang yang sama dengan wang rasmi.

Apabila Bitcoin diklasifikasi sebagai wang, transaksi Bitcoin akan menjadi bebas dari bunga, Menurut Artikel 9 dalam Uniform Commercial Code (UCC). Klasifikasi ini juga memanjangkan hak hartanah kepada pemilik matawang kripto, membuang keperluan pengantara dalam transaksi peer-to-peer.

EXMO affiliate program

Berkenaan penjagaan, bil itu ingin membina rangka untuk bank sebagai penjaga terpilih untuk aset digital. Berdasarkan rangka ini, bank akan menawarkan servis penjagaan aset digital sama seperti yang ditawarkan untuk sekuriti biasa.

Oleh itu, bank yang menawarkan servis itu akan melakukannya berdasarkan peraturan Custody of Funds or Securities by Investment Advisers oleh SEC. Ini bermakna bank itu boleh menawarkan servis penjagaan matawang kripto di seluruh dunia, menjadikan ia langkah ke hadapan dalam menyelesaikan isu dalam industri aset digital.

Selain daripada bil di atas, Undang-undang Negeri Wyoming juga mempertimbangkan cadangan peraturan kripto yang lain. Wakil Jared Olsen (R-WY) dan Senator Chris Rothfuss (D-WY) bersama-sama sekumpulan penggubal undang-undang baru-baru ini memperkenalkan bil “Token Sijil-Saham Korporat”. Jika ia diluluskan, ia akan membolehkan syarikat mengeluarkan sijil saham berdasarkan Blockchain.

Sumber:

https://bitcoinist.com/wyoming-bitcoin-legal-money/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads