Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

5 Sebab Bitcoin Hebat

Bitcoin sudah mula menjadi topik normal di seluruh dunia dan semakin ramai warga Malaysia yang celik tentang Bitcoin sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana nilai harga dan permintaannya kini mencecah hampir RM63,000 (sewaktu artikel ini pertama kali dikeluarkan pada April 2017, harga Bitcoin hanya RM5,000). Oleh itu, penulis ingin berkongsi pandangan tentang kelebihan-kelebihan Bitcoin di sini.

1. Bitcoin memenuhi dan menepati teori asas ekonomi iaitu faktor bekalan dan permintaan (supply and demand factor).

Apabila “demand” terhadap Bitcoin naik, harga Bitcoin naik. Apabila “demand” kurang, harga akan turun. Begitulah sebaliknya.

Tidak seperti matawang fiat atau barangan kawalan. Harga dan nilainya boleh dikawal oleh pihak berkuasa atau dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

Tetapi Bitcoin tidak begitu. Bitcoin bersifat “community-based” di mana segala maklumat transaksi “supply and demand” boleh diperolehi oleh mana-mana individu yang ingin menganalisa maklumat tersebut.

Maka, Bitcoin dilihat lebih telus dan berintegriti dalam penentuan nilai dan harganya.

2. Bitcoin tidak dikawal dan diselia oleh mana-mana badan atau pihak.

Bitcoin bersifat “decentralized” yang mana ia menjadikan kesemua pemilik Bitcoin menjaga jaringan sistem tersebut. Ia bukan tidak dikawal, tetapi ia tidak dikawal oleh mana-mana individu atau pihak.

Contoh mudah, apabila kita membeli saham IPO atau mana-mana saham. Dapatkah kita ketahui secara terperinci setiap transaksi duit kita? Jawapannya tidak bukan?

Bahkan kita tahu peluang dan ruang untuk mereka menipu adalah tinggi. “Creative accounting” dan “nak cashout saja” sudah menjadi istilah biasa dalam perjalanan sesebuah syarikat.

Maka kerajaan terpaksa menubuhkan pihak ke-3 untuk memantau dan menjaga sistem tersebut disebabkan kita tidak punya ruang dan peluang menjaganya.

Tetapi, sistem Bitcoin yang bersifat “decentralized” telah menjadikan penggunanya bukan sekadar pemilik dan pengguna, bahkan sebagai autoriti terhadap sistem tersebut. Adakah ini tidak baik?

3. Setiap Bitcoin yang dikeluarkan adalah unik dan mempunyai jumlah yang terhad.

Pengeluaran Bitcoin akan berakhir apabila Bitcoin ke 21,000,000 dilahirkan. Dapat kita fahami apabila sesuatu pengeluaran bersifat terhad, ia akan menjadi sangat bernilai. Sudah pasti nilainya juga stabil dan kekal relevan.

Selain itu, kita dapat meyakini yang Bitcoin tidak boleh diwujudkan sesuka hati atau dipalsukan kerana setiap Bitcoin adalah unik. Tidak seperti duit kertas yang boleh dicetak sesuka hati. Kita juga tidak perlu takut dengan kewujudan Bitcoin tiruan kerana ia mustahil dihasilkan.

4. Bitcoin boleh dibawa ke mana saja dengan mudah dan selamat.

Jika kita ingin ke luar negara, kita perlu menukar matawang negara ke matawang negara lain yang kita ingin lawati. Terdapat beberapa masalah dan kerugian ketika proses tersebut.

Pertama, kerugian ketika pertukaran wang asing. Kerugian terhadap “rate” yang digunapakai oleh “money changer”. Jika menggunakan perkhidmatan bank, selain “rate”, fi servis juga dikenakan.

Kedua, jumlah yang boleh dibawa dibatasi oleh peraturan dan kemampuan untuk membawa. Peraturan melarang membawa keluar pada jumlah tertentu. Manakala, kemampuan mengangkut sejumlah wang dengan banyak bergantung kepada faktor keselamatan dan kepayahan.

Bitcoin pula hanya perlu dibawa dengan telefon bimbit sahaja. Ya, kesemua jumlahnya dibawa dengan mudah dan selamat. Kerugian tukaran wang dan fi servis dapat dikurangkan, bahkan dielakkan.

Bayangkan wang milik kita dikawal pihak lain untuk kita bawa. Dengan Bitcoin, tiada siapa boleh mengawal kita. Ke mana-mana saja, bila-bila masa, kita adalah bank untuk kita.

5. Semua orang boleh memiliki Bitcoin.

Selain daripada terus membeli Bitcoin di “exchanger” secara “peer-to-peer”, web dan individu secara berdepan. Semua orang boleh “melombong” Bitcoin. Tidak seperti melombong di dunia nyata, selain dari kos yang tinggi, kita perlu meminta kebenaran pihak berkuasa walaupun di atas tanah kita sendiri.

Tetapi sistem Bitcoin tidak begitu. Hanya berbekalkan ilmu, kuasa komputer dan internet, Bitcoin boleh dilombong oleh sesiapa sahaja. Kita tidak perlu memohon permit atau kebenaran. Kita boleh lakukan sendiri.

Kita juga tidak perlu risau tentang keselamatan, kerana Bitcoin adalah produk dari sebuah sistem hebat yang dipanggil teknologi Blockchain.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads