Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Adakah Bitcoin bakal Menggantikan Bolivar di Venezuela?

Sejak September 2017, negara Venezuela menjadi buah mulut orang ramai di dunia matawang kripto. Ia bermula dengan berita yang tersebar tentang rakyat Venezuela yang mula menyertai aktiviti mining matawang kripto untuk menampung hidup rakyat di negara itu.

Venezuela dahulunya adalah antara negara terkaya di Amerika Selatan, tetapi kini negara itu sudah dalam krisis kewangan yang teruk. Kadar inflasi yang sangat tinggi di Venezuela di jangka mencecah 1,600 peratus menjelang akhir tahun ini. Akibat keadaan hiperinflasi di negara itu, kos harga makanan asas boleh mencecah hingga 200,000 Bolivar, bersamaan USD$8-10.

Tambahan lagi, krisis politik yang begitu teruk di Venezuela telah membawa negara itu di ambang peperangan dalam negara.  Setiap hari terdapat rusuhan di pusat bandar dan rompakan kedai-kedai menyebabkan kekurangan bekalan asas seperti makanan dan barangan harian. Krisis kewangan di Venezuela menjadikannya negara paling banyak hutang di dunia.

Nilai matawang negara itu, Bolivar, sudah jatuh begitu teruk sejak tahun 2012. Gambar di bawah adalah nilai Bolivar di pasaran gelap Venezuela, antara tempat pertukaran wang Bolivar paling popular di negara itu.

Untuk menampung kehidupan yang semakin parah, rakyat Venezuela mula menjalankan aktiviti mining. Memandangkan Venezuela memberi subsidi yang besar untuk penggunaan elektrik, kos elektrik adalah rendah. Ia merupakan insentif terbesar rakyat Venezuela dalam keadaan hampir darurat di negara itu. Melalui aktiviti miningminers di Venezuela boleh memperoleh dari $43 – $500 sebulan.

Matawang kripto yang diperoleh akan digunakan boleh menampung kehidupan sebuah keluarga. Kebanyakan miners menggunakan matawang kripto untuk membeli barang keperluan secara online dari luar negara. Kewujudan platform pertukaran membolehkan sesiapa sahaja menukar altcoin ke Bitcoin atau jual beli Bitcoin dan menjadi tempat utama bagi non-miners mendapatkan matawang kripto.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Namun begitu, subsidi yang diberi kerajaan Venezuela bermakna penggunaan elektrik di negara itu sangat terkawal. Pihak berkuasa memantau penggunaan elektrik di seluruh negara itu dan apabila terdapat rumah yang menggunakan elektrik secara berlebihan, pihak berkuasa akan membuat penangkapan.

Walaupun mining matawang kripto tidak menyalahi undang-undang, penangkapan miners dibuat atas sebab pencurian elektrik dan penggunaan sumber tanpa lesen. Awal tahun ini, empat miners telah ditangkap dan didakwa menjejaskan kestabilan perkhidmatan kuasa elektrik di kawasan Charallave. Keadaan ini telah menjadikan mining matawang kripto suatu aktiviti yang bahaya di Venezuela dan terdapat risiko tinggi dipenjarakan.

Namun begitu, potensi Bitcoin untuk menggantikan Bolivar di Venezuela agak tinggi. Di dalam negara yang menghadapi masalah pengurusan matawang sendiri, Bitcoin boleh memberi semula kuasa pembeli kepada rakyat Venezuela. Memandangkan ia tidak memerlukan akaun di bank, ia adalah sesuatu yang sangat berguna bagi mereka yang tidak mempunyai bank atau akaun bank untuk membeli barangan keperluan.

Antara sebab lain mengapa rakyat Venezuela mula tertumpu ke arah Bitcoin dan matawang kripto adalah kekurangan US Dollar dalam peredaran. Selalunya bagi mana-mana negara yang menghadapi masalah dengan matawang, rakyat akan mula jual beli US Dollar kerana ianya lebih stabil. Kekurangan bekalan US Dollar menyebabkan rakyat Venezuela terdesak dan mencari sumber lain untuk menampung hidup: iaitu mining matawang kripto.

Kelebihan Bitcoin dan matawang kripto lain adalah keadaan ekonomi atau polisi kewangan sesebuah negara tidak akan menjejaskan harga matawang kripto tersebut. Pasaran matawang kripto yang tidak di kawal selia juga membolehkan sesiapa mendapat akses kepada matawang kripto. Kelebihan ini jugalah yang menjadikan matawang kripto pilihan pelaburan untuk orang ramai, khususnya dari negara yang tidak mempunyai krisis kewangan.

Jika ketegangan ekonomi di Venezuela tidak pulih dan bertambah teruk di masa terdekat, tidak mustahil negara ini akan mula beralih ke Bitcoin atau matawang kripto lain.

 

 

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads