Apa Klasifikasi Matawang Krypto: Matawang, Komoditi atau Sekuriti?
Pernahkah anda tertanya-tanya tentang klasifikasi matawang krypto? Pengetahuan ini mungkin kurang menarik bagi pelabur pensendirian atau miner. Ia juga tida begitu signifikan dan tidak mendatangkan apa-apa kesan di negara yang tidak mengiktiraf Bitcoin atau matawang krypto. Tetapi ianya ilmu pengetahuan berguna jika anda berminat tentang cabaran pihak penguatkuasa dalam mengawal selia matawang krypto.
Jadi, bagaimana matawang krypto boleh diklasifikasikan? Setakat ini, terdapat 3 klasifikasi Bitcoin: matawang, komoditi dan aset/sekuriti. Selain daripada mempunyai definisi yang berbeza, ketiga-tiga klasifikasi ini menggunakan kaedah perakaunan yang berbeza. Penting untuk kita mengetahui perbezaan ini kerana ia juga berkaitan dengan kesan undang-undang ke atasnya.