Default – Above Header Ads

Bagaimana untuk Kenal Pasti Trend Harga Matawang Kripto

Pernahkah anda melayari laman web seperti Bitstamp, Bitfinex atau Poloniex dan merasa keliru apabila melihat trend harga Bitcoin? Jika anda mempunyai latar belakang dalam akaun atau kewangan, anda mungkin tidak perlu membaca post ini. Tetapi jika anda berminat untuk belajar tentang cara membaca carta-carta itu, post ini adalah untuk anda.

Terdapat banyak cara untuk memeriksa harga matawang kripto yang juga bergantung kepada jenis pelabur. Ada yang hanya membeli matawang krypto dengan tujuan untuk menyimpan sehingga harga matawang kripto itu naik dengan tinggi sebelum menjual. Ada juga yang membeli matawang krypto dengan tujuan untuk melakukan aktiviti daily trading, di mana mereka jual beli matawang krypto menggunakan pelbagai strategi untuk mendapat keuntungan yang banyak.

Laman web Indeks Matawang Kripto

Cara yang paling mudah adalah melalui laman web Indeks Matawang Kripto. Dalam post ini, penulis menyenaraikan tiga laman web, iaitu coinmarketcap.com, coincap.io dan worldcoinindex.com. Coinmarketcap.com menyenaraikan sebanyak 872 matawang kripto manakala coincap.io menyenaraikan sebanyak 787 matawang krypto. Satu lagi platform untuk melihat harga matawang kripto adalah WorldCoinIndex yang menyenaraikan 536 matawang krypto.

Ramai pengguna telah membuat komen tentang perbezaan jumlah matawang yang disenaraikan tanpa mendapat jawapan. Namun begitu, jika anda ingin memeriksa matawang digital yang sudah lama established, isu ini tidak begitu signifikan kerana kemungkinan besar matawang digital anda akan tersenarai di ketiga-tiga laman web.

Sumber: coinmarketcap.com
Sumber: coincap.io
sumber: worldcoinindex.com

Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang platform pertukaran atau exchanges seperti Bitfinex, Bitthumb, Bittrex dan lain-lain, dan juga jumlah matawang kripto yang dijual beli di platform tersebut. Maklumat daripada laman web di atas berguna bagi mereka yang jual beli matawang krypto untuk tujuan menyimpan sehingga harga naik.

Antara ketiga-tiga laman web di atas, coinmarketcap.com menawarkan carta mudah untuk melihat pergerakan harga matawng krypto, manakala lagi dua laman web menggunakan carta candle-stick atau lilin untuk menunjukkan harga matawang kripto. Carta lilin juga digunakan oleh kebanyakan platform pertukaran kerana ia mempunyai lebih banyak maklumat, tetapi pada masa sama mungkin mengelirukan orang ramai.

Carta mudah dalam coinmarketcap.com

Coinmarketcap.com menawarkan carta yang mudah difahami, tidak kira untuk pakar matawang krypto mahupun pendatang baru dunia matawang kripto. Contoh di bawah adalah harga Bitcoin dalam USD.

 

Anda boleh melihat pergerakan harga Bitcoin dan juga jumlah modal pasaran Bitcoin seperti di atas. Harga closing pada sesuatu masa (sebulan, seminggu, sehari, sejam, seminit atau sebagainya) digunakan untuk membuat graf garisan.

 

Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang platform pertukaran yang merangkumi jumlah trading Bitcoin seperti di atas. Maklumat di atas menunjukkan pasaran Bitcoin terbesar adalah di Amerika Syarikat, diikuti pertukaran BCC/BTC dan kemudian pasaran Jepun. Kita juga dapat merumuskan pasaran di China terjejas kerana tindakan kerajaan China mengarahkan operasi pertukaran diberhentikan di negara itu.

Analisa Teknikal

1. Garisan trend

Sumber: wikipedia

Carta yang digunakan kebanyakan platform pertukaran ini adalah carta yang kebiasaannya digunakan untuk menganalisa dan juga meramal harga sesuatu matawang krypto. Carta ini juga digunakan dalam pasaran lain seperti perdagangan forex dan saham. Lilin yang digunakan dalam carta ini merujuk kepada kedudukan harga open, close, high dan low setiap sesi. Pakar analisa boleh menggunakan pelbagai jenis penunjuk trend untuk meramal pergerakan harga matawang kripto.

Bitfinex

Ketiga-tiga contoh di atas menunjukkan trend harga Bitcoin dalam tempoh masa berbeza: seminggu, sehari dan sejam di Bitfinex. Garisan yang dilakar di setiap carta menunjukkan perubahan dalam trend harga Bitcoin, dipanggil trend lines. Namun begitu, untuk menganalisa harga Bitcoin anda memerlukan upper line dan lower line, membentuk channel trend seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:

Channel trend boleh dibahagikan menjadi segmen-segmen kecil untuk dianalisa.

Tradingview

Anda boleh membuat analisa di platform Tradingview menggunakan pelbagai alat penanda seperti yang ditunjukkan di atas. Alat penanda berbentuk garisan akan membolehkan anda membentuk trend line dan trend channel.

Tujuan utama analisa tentang trend harga adalah untuk memudahkan pengguna mengenal pasti kadar kenaikan dan kejatuhan harga dalam sesuatu tempoh dan trend harga yang mana yang akan berulang. Trend harga kebiasaannya akan berulang dari semasa ke semasa, sejajar dengan proses pembetulan pasaran.

2. Resistance level dan support level

Selain daripada garisan trend, satu lagi elemen dalam analisa carta adalah garisan melintang (horizontal) yang melambangkan tahap resistance dan juga support. Kita boleh membuat kesimpulan tentang permintaan dan bekalan matawang kripto melalui nilai di kedua-dua tahap ini. Di support level terdapat jumlah pedagang yang agak banyak yang ingin membeli coin itu (permintaan yang besar) atau dalam erti kata lain pedagang yang merasa harga coin itu masih rendah jadi mereka ingin membelinya pada harga itu.

Apabila coin itu mencapai tahap support, satu “lantai” pembeli akan wujud. Dan permintaan besar inilah yang selalunya menghentikan penurunan harga matawang kripto dan kadang kala mengubah momentum harga ke atas.

Tahap resistance pula adalah sebaliknya, di mana ramai pedagang menunggu dengan pesanan menjual mereka, mewujudkan satu zon bekalan coin yang banyak dalam pasaran. Setiap kali harga coin itu mencecah “siling” itu, ia akan bertembung dengan jumlah bekalan yang banyak dan melantun kembali.

Apa yang berlaku ketika trend harga keluar daripada tahap resistance atau support? Seperti dalam gambar di atas tahap resistance telah dikenal pasti dan apabila trend sudah keluar daripada tahap resistance, penurunan kembali trend diuji sebagai tahap support.

3. Jumlah perdagangan

Jumlah perdagangan memainkan peranan penting dalam menentukan trend. Trend yang kuat datang dengan jumlah perdagangan yang tinggi, manakala trend yang rendah datang dengan jumlah perdagangan yang rendah. Apabila harga matawang kripto jatuh, cuba anda lihat jumlah perdagangannya

Trend harga yang sihat adalah apabila ia diikuti dengan gabungan jumlah perdagangan meningkat yang besar dan jumlah perdagangan menurun yang kecil. Ia juga penting untuk melihat jumlah perdagangan semakin bertambah. Jumlah perdagangan yang mengecil sewaktu ia sedang meningkat boleh menandakan trend menaik akan berubah dan begitu juga sebaliknya.

Kesimpulan

Dengan menggunakan analisa teknikal, pedagang boleh mengenal pasti trend dan juga sentimen pasaran yang membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih baik daripada hanya berpegang kepada kata-kata orang lain sahaja. Analisa teknikal adalah sesuatu yang amat berguna kerana ia melihat kepada trend masa lalu coin dan juga jumlah perdagangan untuk meramal trend masa depan coin itu.

Namun begitu, tidak semestinya analisa teknikal adalah tepat dan sesuatu yang pasti berlaku, terutamanya dalam pasaran kripto yang tidak stabil dan mudah terpengaruh dengan sentimen pasaran serta berita luar. Analisa teknikal hanya salah satu daripada alat yang boleh digunakan untuk membuat keputusan jual beli yang baik tetapi pedagang yang bijak akan mempertimbangkan pelbagai maklumat selain daripada analisa teknikal seperti berita tentang peraturan baru, hash rate, berita terkini dunia kripto, perkembangan terkini coin dan juga banyak lagi faktor lain.

Jadilah pedagang yang bijak.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.