Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Cara Kenal Pasti dan Elak daripada Scam Matawang Kripto

Apa antara sebab banyak scam yang berleluasa kat dunia kripto? Tiga sebab adalah:

  • Kurang pemahaman tentang bagaimana matawang kripto berfungsi – terutama mining dan trading
  • Konsep pseudonimity dalam blockchain yang menyebabkan identiti penipu sukar dicari
  • Ketiadaan kawal selia atau undang-undang berkenaan matawang kripto, yang menjadikan scammers lebih berani dan pengguna tidak mempunyai sokongan undang-undang untuk mendapatkan kembali wang mereka

Secara asasnya, point pertama agak mudah untuk diatasi. Kini sudah terdapat banyak laman web yang menyajikan berita-berita tentang dunia matawang kripto dan teknologi Blockchain. Contohnya sudah pasti coin.my, coindesk, cointelegraph dan macam-macam lagi. Malah, terdapat semakin banyak blog-blog yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan asas dan juga teknikal tentang matawang kripto.

Tiada lagi alasan untuk tidak memahami tentang dunia matawang kripto. Seperti yang telah ditekan dalam banyak artikel di coin.my, teknologi Blockchain adalah teknologi zaman ini dan akan berkekalan sehingga berpuluh-puluh tahun akan datang. Jadi, amatlah rugi jika kita di antara orang yang tidak mahu ambil tahu tentang teknologi ini dan segala kelebihan yang ada.

Untuk point kedua dan ketiga, ianya lebih sukar untuk di atasi. Konsep pseudononimity adalah seperti tulang belakang teknologi Blockchain, begitu juga dengan konsep desentralisasi. Pengawal seliaan mungkin boleh dijalankan tetapi ia tidak boleh membasmi jenayah secara menyeluruh, hanya mengurangkannya. Masih lagi terdapat risiko penipuan, lebih-lebih lagi bagi golongan yang mudah mempercayai orang lain.

Jadi, dalam post ini, penulis ingin mengambil kesempatan untuk menulis tentang beberapa cara bagaimana untuk mengenal pasti dan mengelak daripada scam matawang kripto. Terdapat pelbagai jenis scam yang boleh berlaku dan antaranya yang boleh dikenal pasti adalah:

Scam melalui emel

Bitcoin Exchange CEX.IO

Kalau anda rajin bersihkan peti spam anda, anda pasti pernah membaca emel dari putera yang berasal dari Nigeria, bukan? Emel itu sudah lama wujud sebelum Bitcoin lagi, tetapi kebanyakan orang ramai sudah tahu ianya satu penipuan.

Sejak kebelakangan ini, penulis pun banyak mendapat emel berkaitan Bitcoin di peti spam penulis. Mungkin daripada data-data yang diperolehi dari pencarian online penulis, atau laman-laman web yang penulis layari.

Contohnya seperti gambar di atas. Kalau kita lihat sekali lalu je, pasti mata kita tertumpu ke arah AUD$9434.53, betul kan? Wah, jumlah yang sangat besar. Hati kecil berkata, “aku tak pernah pun masuk apa-apa program Bitcoin”. Tolong dengar kata-kata hati kecil itu dan jangan klik butang oren itu. Rasa teragak-agak untuk melepaskan peluang? Cuba lihat alamat emel penghantar.

Berdasarkan alamat emel di atas kita sudah boleh merumuskan bahawa emel ini hanya penipuan semata-mata. Dan jika masih tidak puas hati, dengan teknologi yang ada sekarang mudah sahaja untuk menjejak asal-usul emel ini.

Apa yang pasti, anda janganlah percaya suatu emel yang menawarkan Bitcoin secara percuma atau mengajak anda menyertai program untuk mendapatkan Bitcoin secara bulat-bulat.

Scam melalui muat turun virus

Scam ini lebih banyak berleluasa disebabkan adanya internet yang berkelajuan tinggi dan paling penting platform media sosial yang semakin banyak. Bitcoin seringkali digunakan sebagai ‘umpan’. Contohnya, post di media sosial mengatakan anda boleh mine Bitcoin dengan hanya muat turun suatu program, atau pautan yang akan membawa anda ke laman web yang menawarkan barangan percuma seperti akses atau ebook.

Jika anda melihat pautan-pautan seperti ini, jangan klik pautan tersebut. Periksa dahulu laman web asal untuk melihat sama ada tawaran itu betul atau tidak. Seperti biasa, selidiki dahulu program atau produk yang ditawarkan dan baca review dari pengguna lain.

Wallet dan platform pertukaran palsu

Malah, kini scammers juga menggunakan wallet palsu, atau survey tentang Bitcoin untuk menarik pengguna. Ada juga yang pernah mendapat tawaran diskaun apabila menyertai platform pertukaran yang tidak pernah didengari.

Memandangkan teknologi ini masih lagi baru, sudah tentu perkhidmatan seperti wallet dan platform pertukaran juga tidak banyak. Jadi, ramai yang boleh mengambil kesempatan dengan meniru servis-servis seperti itu untuk menarik pengguna. Tetapi sebenarnya ianya hanya front untuk mencuri duit pengguna.

Perkhidmatan palsu ini juga sudah wujud sebelum matawang kripto lagi. Dahulu ianya berkaitan dengan emel yang diterima kononnya dari bank atau institusi kewangan untuk kemaskini maklumat atau tukar kata laluan, tetapi sebenarnya akan membawa ke laman web palsu yang menyerupai laman web sebenar untuk menipu pengguna.

Modus operandi adalah sama, apa yang berbeza adalah teknologi atau medium sahaja. Jadi jika ada berita tentang wallet atau servis baru, tidak perlu kita terburu-buru untuk jadi orang pertama menggunakannya. Dalam kes ini, kita ambil langkah tunggi sahaja dan lihat sehingga terbukti ianya servis yang benar dan tulen.

ICO palsu atau menyerupai Skim Ponzi

Akhir sekali, ini adalah penipuan yang paling terkenal kerana mampu mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding scam lain.

Penulis pernah menulis tentang ICO sebelum ini dan anda boleh baca di sini: Bagaimana Membuat Penilaian tentang sesuatu ICO?

Sebenarnya memang sangat sukar untuk menentukan sama ada projek ICO itu sesuatu yang sahih ataupun hanya strategi untuk mengambil duit pengguna. Banyak sahaja projek yang nampak seperti tidak mempunyai potensi tetapi oleh kerana ramai penyokong, ia masih berjalan sehingga hari ini. Dan banyak juga projek yang dari white paper dan promosi seolah-olah sesuatu yang sangat hebat dan berpotensi tinggi, tetapi sebenarnya hanya strategi untuk pump and dump sahaja.

Begitu juga dengan skim ponzi berbentuk pelaburan. Jangan cepat percaya jika seseorang mengajak anda menyertai pelaburan Bitcoin di mana anda akan mendapat pulangan yang besar daripada pelaburan anda. Ianya adalah taktik untuk mendapatkan pelaburan daripada ramai orang.

Kesimpulan

Di atas adalah antara scam yang sudah mula berleluasa dalam dunia matawang kripto. Senjata terbaik untuk melawan taktik-taktik penipuan adalah ilmu. Jadi banyak-banyaklah belajar tentang dunia matawang kripto dan teknologi Blockchain supaya kita boleh mengelak daripada ditipu.

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads