Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Panduan Permulaan untuk Pelaburan Matawang Kripto

Apabila penulis mula terlibat dalam cryptocurrency (matawang kripto – terma ini akan lebih digunakan dalam artikel kali ini) penulis seolah-olah hanyut di lautan besar yang tidak diketahui. Di mana harus penulis mulakan? Apakah kata kunci yang berguna untuk dicari dan diingat? Apakah sumber berguna yang ada?

Panduan pelaburan matawang kripto ini ditulis supaya hanya dalam masa 20 minit, anda akan tertarik untuk belajar tentang matawang kripto dan meneruskan perjalanan anda ke alam ini dengan lebih mudah. Anda sudah bersedia?

Kemunculan matawang kriptografi

Dengan peningkatan sumber berguna tentang teknologi Blockchain yang bermula dengan Bitcoin, tidak hairanlah penerimaan matawang kripto juga bertambah. Tajuk-tajuk artikel dan berita seperti ‘Harga Bitcoin mencecah paras tertinggi sepanjang era baru ini’ dan ‘lonjakan harga Ethereum’ mula didengari oleh orang ramai. Apa yang pasti adalah orang yang pernah ragu-ragu terhadap Bitcoin dan teknologi sebelum ini perlahan-lahan mula memahami dan semakin terlibat dengan dunia matawang kripto. Semasa penulisan ini, jumlah modal pasaran seluruh ruang matawang kripto ialah USD$30.9 bilion (30 Ogos 2017) dan setahun kemudian ia sudah mencecah lebih USD$200 bilion. Apa yang anda rasa akan menjadi nilainya setahun dari sekarang?

Berita berkaitan matawang kripto

Anda mungkin sudah semakin biasa mendengar tentang Bitcoin dan ‘altcoin’. Bagaimana penamaan ini bermula adalah pada tahun 2011, apabila pemecahan Bitcoin mulai muncul di pasaran. Pecahan-pecahan, atau klon, di mana masing-masing mempunyai peranan dan kegunaan yang berbeza atau niche, bertujuan untuk menjadi ‘lebih baik’ daripada Bitcoin. Sejak daripada itu, banyak matawang kripto baru telah muncul, mengikis dominasi pasaran kripto Bitcoin. Altcoin ini memperoleh bahagian dalam pasaran dan meningkat dengan mendadaknya. Sepuluh kali atau lebih pertumbuhan dapat kita perhatikan dalam jangka masa yang pendek, seperti enam minggu (contohnya PIVX, IOTA dan TenX).

Matawang kripto, Stok, dan Fiat

Matawang harian yang kita gunakan di dunia sebenar dikenali sebagai ‘fiat‘ oleh komuniti kripto. Walaupun mempunyai ‘mata wang’ dalam namanya, matawang kripto berkongsi lebih banyak persamaan dengan saham daripada mata wang fiat. Apabila anda membeli beberapa matawang kripto, anda sebenarnya membeli beberapa saham teknologi, sebahagian daripada teknologi Blockchain dan sekeping rangkaian.

Platform pertukaran matawang crypto

Tempat yang paling biasa di mana orang membeli dan berdagang matawang kripto adalah di bursa atau platform pertukaran (exchangers) – di dalam artikel ini istilah platform akan lebih digunakan. Platform adalah tempat di mana anda boleh membeli dan menjual matawang kripto atau boleh juga disebut sebagai coin anda, menggunakan fiat. Terdapat banyak langkah untuk menilai kebolehpercayaan dan kualiti platform, seperti kecairan (liquidity) matawang crypto, pendedahan, yuran, had pembelian dan pengeluaran, jumlah dagangan, keselamatan, insurans, kemudahan pengguna.

Daripada pengalaman penulis, penulis dapati Remitano dan Luno antara platform yang terbaik untuk melakukan pertukaran matawang kripto. Kedua-duanya mempunyai laman sesawang yang mesra pengguna, dan juga banyak menawarkan features yang bersesuaian dengan suasana jual beli di Malaysia. Luno adalah platform yang mempunyai lesen daripada Bank Negara sebagai exchanger yang semakin popular di Malaysia dan juga negara-negara Asia yang lain kerana fungsinya yang mudah difahami dan mesra pengguna.

Setelah membuka akaun di Remitano dan mengesahkan butiran anda dengan Remitano, anda hanya perlu mengikuti enam langkah mudah dari pembelian Bitcoin:

  1. Akses ke bahagian trade
  2. Klik kepada tab new advertisement
  3. Isikan maklumat buy/ sell anda
  4. Advertise untuk melakukan aktiviti buy/sell
  5. Semak dashboard anda setelah membeli mana-mana matawang crypto
  6. Sekiranya anda penjual, semak akaun bank anda untuk memastikan transaksi berjaya

Anda boleh membaca review tentang Remitano di sini.

Jika anda sudah merasa selesa dengan pembelian kripto dan ingin mula berjinak untuk trading (membeli) matawang kripto yang lain (contoh: BTC ke ETH), anda boleh melakukan pemindahan segera dari Remitano ke platform yang lain seperti Bitfinex, Binance dan sebagainya dan mula melakukan trading.

Dengan mengenali matawang kripto yang lain, anda mungkin terfikir untuk melabur di dalamnya. Bittrex dan Poloniex adalah dua platform pertukaran yang menawarkan pelbagai pilihan matawang kripto.

Apabila mendaftar pada platform ini untuk kali pertama, anda perlu mengesahkan akaun anda dengan dokumen yang diperlukan di peringkat awalnya, kerana proses pengesahan yang agak mengambil masa boleh menganggu aktiviti trading anda. Pengesahan platform pertukaran ini mungkin mengambil masa beberapa hari, dan had pembelian/ pengeluaran mungkin meningkat secara perlahan semasa anda melakukan trading.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian: jika anda menggunakan mata wang selain daripada USD, sila semak kemudahan pembiayaan dan pengeluaran di platform tersebut. Hal ini kerana anda tidak mahu pertukaran anda mendatangkan masalah semasa pengeluaran fiat seperti apa yang berlaku kepada beberapa platform pertukaran yang lain.

Wallet matawang kripto

Platform pertukaran mempunyai online wallet untuk menyimpan matawang kripto yang anda beli. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang pernah mendengar tentang Mt. Hack Gox, anda mungkin merasa tidak selesa untuk menyimpan matawang kripto anda di platform pertukaran.

Jika anda tidak ingin menyimpan matawang kripto anda di platform, anda mempunyai pilihan sama ada menggunakan perkhidmatan paper wallet seperti myetherwallet.com atau membeli hardware wallet seperti KeepKey, Trevor dan Ledger Nano S. Kedua-duanya berkhidmat untuk menghapus risiko di platform pertukaran, untuk menjaga keselamatan matawang crypto anda. Anda boleh membaca tentang cara-cara menyimpan matawang kripto di sini.

Walaubagaimanpun, anda perlu berhati-hati dalam membuat pemindahan Bitcoin. Hantar jumlah kecil terlebih dahulu (cth. 0.0001 BTC) sebagai cubaan sebelum menghantar kesemuanya, supaya tidak berlaku kecuaian dan jumlah pemindahan yang hilang. Sedikit bayaran dikenakan setiap kali anda membuat transaksi Bitcoin, jadi buatlah pengiraan yang bijak.

Secara peribadi, penulis memiliki harware wallet kerana penulis suka perasaan menyimpan matawang kripto penulis secara fizikal. Selain itu, interface pengguna harware wallet memudahkan penulis untuk menyimpan pelbagai matawang kripto, yang amat berguna jika anda ingin mengambil bahagian dalam ICO pada masa akan datang.

Matawang kripto sebagai Sebahagian daripada Portflolio Pelaburan Anda

Matawang kripto mempunyai potensi untuk membuatkan seseorang yang terlibat dalam pelaburan meraih keuntungan, tetapi volatility membuatkan nilainya tidak menentu. Sebagai langkah berjaga-jaga, wang yang anda tukarkan ke dalam bentuk crypto haruslah wang yang anda sanggup untuk kehilangannya. Malangnya, kita sering memandang rendah bagaimana volatility mempengaruhi emosi kita. Pergerakan stok bagi matawang kripto adalah sangat besar, tetapi ia datang dengan banyak risiko dan tekanan perasaan bakal berlaku apabila berlaku perubahan harga yang mendadak.

Portfolio konservatif yang penulis cadangkan adalah seperti berikut:

Umur: <30 tahun (max) 30% Kripto, 50% Pelaburan Tradisional

Umur: 30 – 40 tahun (max) 20% Kripto, 60% Pelaburan Tradisional

Umur: > 40 tahun (max) 10% Kripto, 70% Pelaburan Tradisional

Cadangan ini tidak bermaksud untuk mendiskriminasi umur tetapi mengambil kira bahawa seseorang akan mempunyai lebih banyak tanggungjawab atau komitmen kewangan selari dengan peningkatan umur.

Di dalam portfolio kripto anda, anda boleh mempelbagaikan jenis matawang kripto yang ingin di jual-beli berdasarkan selera risiko anda sendiri.

Siapa tidak mahukan Wang! – Pelaburan matawang kripto

Bagaimanakah kita memilih matawang kripto yang terbaik? Bagaimanakah kita mengelak daripada memilih matawang kripto yang salah?

Semua pasti sedia maklum bahawa matawang kripto boleh bertukar dari ‘bullish market‘ ke ‘bearish market‘ dalam sekelip mata. Ambil tahu mengenai pergerakan matawang kripto dan sentiasa mengemaskini maklumat yang perlu kita ketahui. Namun, tanyakan kepada diri sendiri soalan-soalan berikut sebelum anda membuat keputusan untuk melabur dalam matawang kripto:

  • Adakah pelaburan saya selamat dengan kumpulan developer? Peraturan pertama dalam pelaburan matawang kripto adalah anda harus menumpukan perhatian kepada projek matawang kripto untuk memelihara modal anda. Bolehkah anda mempercayai kumpulan developer dengan wang anda? Adakah anda akan meninggalkan wang anda dengan crypto founders yang terlibat dengan penipuan sebelumnya? Jika anda melihat tanda-tanda seperti ini, sila tinggalkan dengan segera. Harga matawang itu mungkin akan meningkat seperti yang kita nantikan, tetapi ia tidak berbaloi untuk meletakkan modal anda pada risiko sedemikian.
  • Adakah matawang kripto saya mempunyai rancangan jangka panjang? Jika anda tidak dapat memahami yellow paper (tesis penyelidikan) mereka, sekurang-kurangnya bacalah white paper projek itu. Apakah yang cuba dicapai kumpulan developers? Adakah mereka mempunyai keupayaan, atau sudahkah mereka bekerja ke arah matlamat mereka? Apakah tempoh masa dan peristiwa penting yang berkaitan dengan matawang itu?
  • Adakah matawang yang saya minati itu seolah-olah seperti rancangan yang diuar-uarkan oleh developers dengan tidak mempunyai backup plan daripada pihak mereka? Banyak ICO hari ini hanya mempunyai laman web yang cantik, dan kemudian mereka disiarkan kepada umum untuk dibeli oleh orang ramai. Adakah matawang mereka bermanfaat dan berpotensi? Berhati-hati dalam hal ini.
  • Berapa lama saya perlu kekal dalam pasaran matawang kripto ini? Adakah saya mempunyai rancangan keluar? Akan ada matawang kripto di mana anda tidak mahu memegang selama-lamanya, tetapi ingin memegangnya untuk membuat beberapa keuntungan jangka pendek. Dalam kes ini, pastikan anda menetapkan jangka masa, atau harga keluar, untuk mengurangkan kesan emosi pada dagangan anda. Tetap kan matlamat anda dan kawal emosi ketika melakukan urusniaga.
  • Adakah matawang kripto saya mempunyai kegunaannya di dunia nyata? Sesetengah matawang nampaknya terus meningkat nilainya semata-mata kerana faktor supply-demand. Trend ini mungkin tidak berkekalan. Bagi matawang mempunyai nilai sokongan jangka panjang, ia mesti mempunyai manfaat kepada dunia sebenar. Berhati-hati dengan matawangg yang kelihatan seperti skim cepat kaya.

Trading Jangka Masa Pendek dengan Margin

Sebaik sahaja anda sudah membiasakan diri dengan matawang kripto, anda mungkin mahu memulakan trading dengan harapan untuk meningkatkan keuntungan anda. Bagi pelabur forex yang berpengalaman, ini bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi untuk pelabur kripto baru, anda mungkin perlu mendapatkan ilmu tentang cara membuat trading atau urusniaga yang baik.

Trading jangka masa pendek mengambil kira berita semasa yang terjadi berkaitan teknologi matawang kripto untuk membuat keuntungan dengan cepat. Sekiranya anda merasakan berita mengenai sesuatu matawang boleh dipercayai sumbernya, anda mungkin mahu mula bertindak dan menunggu hasilnya. Ingat, beli khabar angin itu, jual berita itu; bertindak pantas dan berani jika anda ingin membuat keuntungan dengan trading jangka pendek.

Mining

Bagi mereka yang lebih selesa dengan bentuk ganjaran yang boleh diramal, mining adalah caranya. Untuk melakukan aktiviti mining, anda perlu membina sebuah rig, yang terdiri daripada GPU atau CPU dan bersedia untuk membiayai kos elektrik yang agak tinggi. Mining hanya boleh dilakukan pada matawang crypto yang mengikuti protokol Proof of Work. Ia mengambil sedikit usaha untuk membuat persediaan pada peringkat awal dan memastikan ia berjalan lancar, tetapi ia menarik sebagai pendapatan pasif jangka panjang. Anda boleh membaca artikel-artikel tentang mining di laman web kami ini.

Staking

Staking adalah versi Proof of Stake bagi aktiviti mining. Fikirkan ini sebagai membuat dividen pada stok anda. Kadar ganjaran dan kaedah staking sangat berbeza di antara matawang, tetapi pada umumnya, ia mengambil sedikit usaha jika dibanding dengan melakukan mining. Contohnya, staking matawang kripto Stratis.

Arbitraging

Arbitrage didefinasikan sebagai melakukan aktiviti jual-beli asset untuk meraih untung dengan mengambil peluang daripada perbezaan harga sesuatu tempat. Contohnya, apabila anda sudah mahir dalam pelbagai pertukaran matawang kripto, anda mungkin ingin membeli matawang dari satu platform dan menjualnya ke platform yang lain untuk membuat keuntungan arbitrage.

Dua perkara yang perlu diambil perhatian jika anda ingin berbuat demikian: ambil kira yuran sesebuah platform pertukaran, dan ingat bahawa harga boleh berubah apabila anda memindahkan matawang kripto antara platform pertukaran, terutamanya sewaktu nilai matawang berubah secara mendadak. USD cenderung untuk berubah nilai dengan cepat jadi keadaan ini mungkin tidak bearapa sesuai, tetapi untuk mata wang lain seperti CAD (dolar Kanada) dan SGD (dolar Singapura), mungkin terdapat lebih banyak peluang arbitraging untuk dieksploitasi.

Sumber Berguna

Semak coinmarketcap untuk melihat harga terkini matawang crypto. Selain itu juga, anda juga boleh membaca artikel-artikel yang kami sediakan di coin.my ini untuk menambah ilmu pengetahuan anda tentang matawang crypto dan juga teknologi blockchain.

Itu sahaja yang penulis ada buat masa ini, selamat melabur!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads