Default – Above Header Ads

Pasaran Matawang Kripto Merah Lagi

Merah di mana-mana.

Merah. Hampir kesemua matawang kripto berwarna merah sejak beberapa hari yang lalu. 44 daripada 50 matawang kripto teratas menghadapi penurunan lebih 15 peratus pada waktu penulisan, dan antara yang paling teruk termasuk Ripple yang jatuh lebih 30 peratus   sejak hari ini.

Sumber: coinmarketcap.com

Untuk meletakkan kejatuhan ini dalam perspektif, lihat sahaja jumlah modal pasaran keseluruhan matawang kripto.

Sumber: coinmarketcap.com

Dalam masa sehari sahaja, jumlah modal pasaran matawang kripto turun daripada lebih USD$650 bilion kepada USD$504 bilion, penurunan sebanyak USD$150 bilion. Kejatuhan ini hampir sama dengan kejatuhan pada lewat Disember yang lalu, di mana jumlah modal pasaran matawang kripto jatuh lebih USD$200 bilion. Harga Bitcoin, matawang kripto terbesar, juga kini hampir sama dengan harga sewaktu kejatuhan Disember lalu, pada harga USD$10,913 pada waktu penulisan.

Yang panik, jual. Yang tenang, HODL.

Seperti biasa, keadaan ini pasti membimbangkan pelabur baru dan menambah FUD (fear,uncertainty and doubt) dalam kalangan penyimpan matawang kripto. Jika pada awalnya pelabur membeli banyak matawang kripto kerana FOMO (fear of missing out) kini perasaan takut harga akan semakin menurun menyebabkan pelabur mula menjual matawang kripto, menyumbang kepada kejatuhan yang lebih mendadak.

Bagi pelabur berpengalaman, atau old hand, mereka pasti mengambil langkah HODL simpanan mereka. Ini bukanlah kali pertama pasaran matawang kripto jatuh, dan sudah pasti ia bukan kali terakhir. Fasa pembetulan pasaran yang terakhir pada bulan Disember juga mengambil masa hampir dua minggu untuk memulihkan pasaran matawang kripto. Maka kita tunggu sahaja dan lihat sehingga bila pasaran kali ini berbentuk bearish.

Sebab kejatuhan

Jika dahulu kejatuhan pasaran matawang kripto disebabkan oleh larangan kerajaan China terhadap ICO dan pengawalan ketat platform pertukaran, kini satu lagi negara Asia yang memonopoli pasaran Bitcoin, Korea Selatan, sudah mengorak langkah yang sama. Minggu lepas, seorang menteri kerajaan di negara itu mencadangkan untuk melarang (ban) jual beli Bitcoin dan matawang kripto lain. Walaupun cadangan yang agak drastik itu telah ditarik balik, Menteri Kewangan Kim Dong-yeon berkata bahawa larangan tersebut masih lagi termasuk dalam pertimbangan pihak berkuasa untuk mengawal jual beli matawang kripto.

Pengumuman daripada pihak berkuasa negara Korea Selatan telah mencetus penjualan secara besar-besaran Bitcoin dan juga protes daripada rakyat negara itu. Bitcoin yang berharga hampir USD$15,000 mula jatuh sejak pengumuman itu, dan memandangkan Bitcoin dijual dengan harga yang premium, dipanggil “kimchi premium” di negara itu, kehilangan pasaran Korea Selatan memberi kesan yang besar kepada harga Bitcoin.

Beli dan beli.

Bagi mereka yang baru sahaja mendengar tentang Bitcoin dan matawang kripto, ataupun tidak berpeluang membeli semasa harga sedang tinggi, inilah masa untuk membeli. Lebih-lebih lagi 80 peratus daripada jumlah bekalan Bitcoin sudah dalam peredaran, iaitu 16,805,275, dan tinggal lebih kurang 4 juta BTC sahaja untuk di mine sebelum bekalan Bitcoin habis. Mengikut pengiraan, tinggal 6 tahun sahaja sebelum bekalan Bitcoin habis.Baca artikel-artikel kami di coin.my sebagai panduan anda untuk membeli matawang kripto.

Untuk mereka yang sedang HODL simpanan matawang kripto, hold on for dear life. Jangan mudah panik. Kehidupan umpama roda, sekejap naik sekejap turun, begitulah juga dengan matawang kripto. Sama-samalah kita menanti pasaran matawang kripto pulih kembali.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.