Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Persoalan tentang Bitcoin Cash – Mampukah ia Kekal di Pasaran?

Kemunculan Bitcoin Cash sebagai matawang krypto baru mendapat sambutan hangat, lebih daripada matawang krypto baru yang lain. Seperti ETC, Bitcoin Cash (BCH) adalah sebuah produk daripada hard fork yang berlaku kepada Bitcoin. Maka, tidak hairanlah jika hanya pada hari kedua ia dilancarkan, modal pasaran BCH sudah mencecah lebih USD$10 billion.

Namun begitu, tidak sampai sehari di pasaran, harga Bitcoin Cash jatuh daripada hampir USD$700 ke USD$310. Pada waktu penulisan, harga terbaru matawang itu adalah USD$332.12 dengan modal pasaran lebih kurang USD$5.5 billion. Kita sudah sedia tahu pasaran matawang krypto tidak stabil dan boleh berubah-ubah dalam sekelip mata sahaja. Sudah tentu ramai pelabur berasa gusar dengan Bitcoin Cash, adakah ianya satu pelaburan matawang krypto yang baik?

1 Bitcoin Cash banyak menimbulkan persoalan

Tidak seperti Bitcoin atau matawang krypto lain, banyak persoalan tentang Bitcoin Cash yang masih lagi sukar dijawab. Keadaan ini menyebabkan orang ramai tidak yakin dengan potensi Bitcoin Cash. Harga Bitcoin Cash di pasaran juga menimbulkan keraguan kerana dilihat tidak mempunyai asas seperti matawang krypto yang mempunyai projek tersendiri di sebalik token mereka.

Bitcoin Cash jangka masa panjang

Soalan utama tentang Bitcoin Cash adalah apa yang ditawarkan matawang krypto itu? Soalan ini sangat penting bagi pelabur untuk membuat keputusan sama ada menyimpan, menjual atau membeli Bitcoin Cash. Apa yang ditawarkan Bitcoin Cash dalam jangka masa panjang?

Jika kita lihat Bitcoin, ianya sudah mempunyai pengiktirafan sebagai kaedah pembayaran yang digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Walaupun sebagai matawang krypto, penggunaan Bitcoin lebih kepada pelaburan (aktiviti spekulasi), penggunaan Bitcoin di dunia sebenar yang semakin menular telah memberi kestabilan kepada harga matawang itu.

Dan memandangkan sudah berlaku perpecahan dalam rangkaian blockchain Bitcoin, kedua-dua BTC dan BCH kini bersaing di pasaran, tetapi ramai masih lagi tidak pasti sama ada kedua-duanya akan bersaing untuk pengguna yang sama atau tidak. Bitcoin Cash masih lagi belum mengumumkan strategi atau roadmap mereka secara jelas, namun ramai penyokong mereka percaya saiz blok transaksi BCH yang lebih besar (8M) akan menjadikan ia token pilihan ramai pada masa akan datang.

Adakah nilai modal pasaran BCH tepat?

Modal pasaran Bitcoin Cash meletakkan matawang krypto ditangga ke empat selepas Bitcoin, Ether dan Ripple. Namun begitu, nilai itu tidak menunjukkan jumlah modal yang boleh digunakan, yang dilaburkan dalam Bitcoin Cash.

Berbalik kepada definisi modal pasaran, ianya adalah jumlah matawang krypto yang diedarkan didarab dengan harga di pasaran. Kemungkinan besar sejumlah matawang krypto yang dimasukkan dalam definisi ini tidak dikuasai oleh sesiapa pun. Ini adalah kerana apabila pemilik Bitcoin kehilangan private key mereka, Bitcoin mereka masih lagi ada dalam lejar blockchain dan diambil kira dalam pengiraan modal pasaran walaupun mereka sudah kehilangan Bitcoin itu.

Satu lagi isu yang timbul dalam Bitcoin Cash adalah jumlah keseluruhan matawang tersebut. Seperti yang kita tahu, Bitcoin terhad kepada hanya 21 juta sahaja. Dan sewaktu penulisan, sebanyak 16,494,713 BTC sudah dikeluarkan. Ini bermakna baki BTC yang masih belum dikeluarkan adalah lebih kurang 4.5 juta sahaja.

Adakah ini bermakna pengeluaran Bitcoin Cash hanya terhad kepada 4.5 juta sahaja? Atau developer Bitcoin Cash akan menyelaras jumlah ini pada masa akan datang? Persoalan ini pasti akan memberi kesan kepada modal pasaran Bitcoin Cash dan perspektif pelabur terhadap potensi Bitcoin Cash pada masa akan datang.

Maklumat terbaru Bitcoin Cash

Baru-baru ini mining difficulty BCH telah diselaraskan. Kedua-dua blok 478,647 dan 478,648 mempunyai Median Time Past (MTP) lebih 12 jam daripada 6 blok sebelumnya, menyebabkan mining diffciulty setiap blok seterusnya diselaraskan 20% ke bawah. Ini bermakna miners boleh mencari blok Bitcoin Cash 20% lebih cepat daripada blok sebelumnya. Sejak pelarasan itu berlaku, purata memproses transaksi Bitcoin Cash adalah lebih kurang 18 minit dan kadar hash adalah 650 PH/s. Pelarasan seterusnya dalam 13 hari dan kita boleh menjangka masa memproses transaksi Bitcoin Cash berkurang ke 10 minit, jika kadar hash tetap sama.

Orang ramai masih lagi menunggu perkembangan terbaru dari Bitcoincash.org. Memandangkan hari ini adalah hari ketujuh Bitcoin Cash dilancarkan, masih banyak lagi masa bagi Bitcoin Cash untuk menunjukkan potensi mereka di dunia krypto ini. Adakah anda akan menjadi antara mereka yang menunggu berita baik daripada Bitcoin Cash ini?

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.